Mengambil kesempatan - Part 2

Baiklah inilah sambungan daripada kisah sebelum ini. Siapa nak tau pangkal cerita baca dulu kat sini>>klik sini

Kesudahan cerita tersebut, si menantu meminta maaf pada ibu mertuanya kerana tersilap kata sehingga menyinggung perasaan. Setiap orang ada cara tersendiri untuk membahagiakan keluarga mereka. Tidak timbul soal mengambil kesempatan atau membiarkan diri mereka diambil kesempatan.

Mengambil kesempatan - win win situation

Seorang ibu juga ada masanya mengambil kesempatan terhadap suami atau anak-anak. Dalam satu episod yang lain, seorang ibu membiarkan anak perempuannya menjaga bayi yakni adik bongsunya yang baru berusia beberapa bulan. Pada mulanya anak perempuan berusia 9 tahun tersebut menawarkan diri untuk membantu menjaga adik. Pertama kali ibunya tidak berapa percaya dengan keupayaan anaknya sehinggalah kali kedua dia nampak anaknya itu mampu melakukan tugas dengan baik sekali. Pada kali ke 3..4..tugasan menjaga adik juga berjalan lancar. Keadaan semakin selesa dan ini membolehkan ibunya melakukan aktiviti lain di luar rumah.

Pada suatu hari ketika ibu meminta menjaga adik, anak perempuannya menolak dengan alasan ada ujian di sekolah. Ibu merayu meminta tolong juga dan berjanji akan pulang awal agar dia boleh ke sekolah. Malangnya si ibu ralit bergossip dengan kawan-kawan sehingga terpaksa membawa adiknya yang masih bayi itu ke sekolah.

Akhirnya pihak sekolah memanggil ibu. Puan pengetua sangat kesal dengan sikap ibu tersebut yang tidak bertanggungjawab. Bagaimana tugas menjaga bayi boleh diberikan kepada anak seusia 9 tahun? Si ibu cuba mencari alasan dan memberitahu bahawa dia mempunyai 5 orang anak dan tanpa pengasuh dia terpaksa melakukan semua kerja sendirian. Pada hematnya, tugasnya sebagai ibu amat amat berat!

Puan pengetua tidak dapat menerima alasan si ibu. Tanpa hujah balas dia menunjukkan foto keluarganya yang berada di atas meja....

Nanti saya sambung kesudahan kisah ini. Panjang sangat pun boring kan:D

Baca Part 3

0 comments: