Salam sejahtera,
Alhamdulillah tadi bergelap sejam kat rumah sempena Earth Hour. Turn off pc, tv, kipas dll. Anak-anak seronok benar bila ibu bagitahu nak tutup lampu 8.30...
"Hari Bumi? saper cakap?" tanya saya. Lari sikit maknanya tu..
"jam bumi lah" bagitahu abahnya. Tapi saya iye kan saja, since ada perkataan 'bumi' kat situ.
" tahun lepas kan ibu tutup semua lampu. Best duduk dalam gelap" Owwhh...ingat rupanya dia!
"ok kejap lagi tutup lampu. Ibu set alarm 9.30 baru buka lampu ok" Anak-anak melompat happy macam ibu nak ajak pergi outing je lagaknya.
"Sesiapa nak masuk toilet, cepat! nanti dalam gelap takut nak masuk" pesan saya. So, mereka pun bergilir-gilir tunaikan 'hajat'.
Tepat 8.30 Luqman dan Almustofa pakat tutup semua lampu dan kipas. Maka bergelaplah kami selama sejam. Sebenarnya sebijik lappy terbuka sebab my hubby nak buat kerjanya. Jadi masih ada cahaya dalam rumah. Dekat tingkap, lampu jalan dekat DUKE pun terang benderang menerjah masuk rumah. So, takdelah gelap mana pun....
Kesimpulannya, sambutan tahun ni tak berapa happening. Tengok kat tv7 dan tv8 pun dah tak support macam tahun lepas...Teringat masa arwah Yasmin Ahmad ada dulu dia pernah buat iklan support kempen ni. ..
0 comments:
Post a Comment