My comments

*Salam sejahtera*

Minggu ni ramai betul yang menulis tentang isu hot yang sama...Trafik memang naik tinggi lah kot. Kat innit tu ramai yang dapat banyak Nang. Mula-mula tu teringin juga nak 'naik sekapal'...tapi bila difikirkan apa tujuan saya menulis,,,, tak pelah. Ada seorang kawan berpesan....

"jangan dibuka aib orang"

- ya, sebab tu walaupun menulis better kita fikir dulu umpama hendak bercakap kena elok-elok, kalau perlu lapis-lapiskan supaya mesej kita diterima baik, bukan sekadar untuk bergelak ketawa sama-sama atas keburukan dan keaiban orang itu.

-di dunia bolehlah bergelak bersama, di masyar nanti siapa akan gelak guling-guling bila Allah menayangkan segala perbuatan kita di dunia ini???

Kawan saya itu juga berpesan lagi....

"kita doakan yang terbaik. Mohon doa agar Allah berikan hidayah kepadanya. Tak guna kita emosi dan kutuk tak tentu pasal"

- saya fikir, buat apa nak doakan orang yang kutuk agama kita?hina nabi kita?jom penuhkan wall orang itu dengan *(Y&*%#@.....ggggrrrrrrrr:(

- marah pada orang yang hina Islam dan Rasullullah SAW menandakan kita ada iman. Kalau tak rasa apa-apa bila orang menghina agama dan nabi kita, better bertaubat banyak-banyak dan check dalam diri di mana hilangnya NUR/hidayah dalam jiwa kita.

- Nak marah - kenapa marah? ketahui tujuan anda untuk kutuk-kutuk/menulis di wall, blog, forum dll. Kalau sekadar untuk mengecam orang yang dibenci, sekadar ikut-ikutan sebab orang lain buat atau nak sebarkan keburukannya atau nak menaikkan hits blog sendiri, better tak payah!! kalau perlu klik butang 'report', ban, dislike yang boleh menghalang kejahatan orang itu terus tersebar.

- andai nabi ada di sisi kita hari ini dia suka ke kalau kita buat macam tu^?

- sesungguhnya Allah Taala ada banyak rahsia dan tidak semua dinyatakan di depan mata kita. Apa tujuan NYA? supaya kita berFIKIR dik...tak semestinya manusia yang hina, jahat dan jahil hari ini Allah akan junamkan dia ke neraka...mana tahu di hujung nyawanya dia sempat mengucap syahadah dan mati dalam senyuman??

- oleh itu kita harus berdoa dan berdoa untuk kebaikan di dunia dan di akhirat. Doa mohon hidayah Allah tidak terputus daripada kita kerana orang yang alim dan hafiz Quran pun belum tentu tak masuk neraka...

_ tak elok berbangga diri sendiri tak buat maksiat dan tak tinggal solat. Siapa kita untuk judge manusia lain dan meletakkan diri sendiri di tempat mulia (kononnya)

- jangan cakap aku buat jahat masuk neraka sehari je, lepas tu Allah masukkan aku ke syurga juga akhirnya sebab aku tak tinggal solat dan bla bla bla...NO NO NO!!! tau tak sehari di neraka tu = 1k tahun di dunia dik oiii!!!!!!!!! 1k = satu ribu lah yaaaangggg:)

gambar bertudung fasha sandha
kredit[link]
Dulu memang cukup benci dengan dia, hari ini saya akan doakan yang terbaik buatnya. Kalau saudara kita 'hancur' ingat kita akan bahagia ke dik?? kalau tsunami datang, rumah dia seorang je ke yang kena dik??

Fasha*, minta maaf banyak-banyak ok sebab kutuk you macam-macam sebelum ni..Manusia mana yang tak pernah buat silap. Moga you akan jadi muslimah sejati one day....Ameen.

Kredit[link]

Saya memang tak suka tengok dia pakai seksi. Kan manis dia bertudung macam ni? henti-hentikanlah letak gambar dia tak cukup kain kat blog korang. Nanti kita pun sama dapat saham akhiratnya:) Nak citer pasal Kak Ita ni ceritalah, tapi link kan pada gambar yang sejuk mata memandang ni haaaaa...

Jangan marah akak pot pet pot pet yer. Saya pun suka baca gossip dan baca tentang artis kita, tengok drama dan filem mereka, cuma yang baik tu sama-sama kita sampaikan dan yang tak elok tu jom kita jauhi...

Buat adik Miera Liyana* yang makin glemer sekarang tu,,,,, akak doakan sambunglah belajar elok-elok dan jadi insan yang layak disanjungi kelak. Yang dah lepas tu biarlah, yang ke depan ni lakukan yang elok elok aje ye...Tahniah untuk keputusan SPM awak:)

* macamlah diorang baca pesanan aku ni..hehe

0 comments: