Ahad

Salam sejahtera

Hari ni kemalasan melanda. Letak tajuk entri pun guna nama hari jer. Nampak macam tak de idea kan. Tapi kebelakang ini saya suka letak tajuk nama hari je pun. Mula-mula....



Hari ini Ahad :)

Esok sekolah dah buka dan kena bangun pagi-pagi untuk siapkan bekal anak-anak semua. Tak de lah awal mana macam biasa juga cuma aktiviti memasak mula awal sikit. Sebelum keluar rumah semua anak-anak wajib bersarapan terlebih dahulu. Insha Allah.

AU3 hujan petang ni.Dari tengah hari mendung, lepas tu cerah sekejap dan hujan. Hujan rahmat Insha Allah.

Esok Isnin, mesti ramai yang announce diri mereka 'Monday Blues'....tapi kenapa blues? bukan jazz, rock, ballad, or etc...

Moga esok hari lebih baik dari hari ini. Amin. Insha Allah.

Banyak kali saya sebut Insha Allah kan. Saje. Mari kita sebut kalimah 'Allah', nama Allah dan ingat Allah selalu. Tak di mulut, tapi dalam hati sentiasa ada DIA. Insha Allah.

2 comments:

Unknown said...

kejap je dah isnin....hehehe..

Aina said...

harap eny tak blues blues arini yer...hehehe