Hujung minggu

Alhamdulillah pertama kali dalam tahun ini kami sekeluarga menghabiskan hujung minggu sekeluarga di luar. Tak pergi jauh-jauh pun, cuma ke JJ AU2 yang 10 minit pergi balik dari rumah kami. Kebetulan hubby dah sihat dan boleh berjalan sikit-sikit, so ini kira macam praktislah juga.

"Kita nak bawak abah jugak ke ibu?"

Itulah pertanyaan Luqman bila dia melihat semua orang siap berpakaian cantik termasuk abahnya. Bukan lah cantik sangatpun, tetapi lainlah sikit daripada pakaian yang biasa dipakai di rumah. Dia seronok bila tahu abah akan pergi sekali.

Sepatutnya hubby dah boleh drive, tetapi kereta masih di bengkel. Jadi, kami menaiki teksi sahaja. Sampai JJ ada seorang jurual perempuan muda menegur.

"kak abang tu sakit ke?Kasihan dia. Ambillah kerusi roda"

Baikhati budak tu. Saya bagitahu abang saja nak praktis jalan. Dia angguk faham. Lupa pulak nak ucap terima kasih. Sebaik sampai, anak-anak mencari tempat permainan. Memang itulah juga tujuannya. Dah lama diorang tidak bermain di tempat macam tu. Saya memang malas sikit kalau nak bawa anak-anak outing dengan bermacam-macam kerenah
mereka. Nasib baik ada 'cik misi' aka mak chu Imah (adik saya) yang temankan. Dialah yang sibuk mengambil gambar dan melayan anak-anak.


Selesai bermain, tiba masa memilih tempat makan. Apa lagi, serbu KFC! 2 kali order untuk memenuhi permintaan hero-heroku.

Alhamdulillah sykur atas rezeki dan nikmat yang Allah berikan. Selepas ujian demi ujian dalam keluarga kami, detik-detik seperti ini amat dihargai. Dalam masa gembira dan senang beginilah kita mesti ingat 5 perkara (masa senang, masa sihat, masa lapang, masa muda, masa kaya(tak semestinya kaya harta)) sebelum tiba masa kita diuji pula dengan 5 perkara yang lain (kesusahan, penyakit kronik, kesibukan melampau, hari tua, dan kemiskinan).

Selepas makan, sambung bermain.


Sekadar berkongsi suka duka kami sekeluarga. Moga-moga ada sedikit teladan baik yang boleh dijadikan iktibar. Ajal maut, jodoh pertemuan, rezeki, nikmat dan musibah adalah rahsia Allah. Kalau bukan rahsia sudah tentulah ramai yang buat baik di saat ajal akan tiba supaya semua dapat masuk syurga.

Syurga dan neraka pula bukan rahsia. Hikmahnya supaya setiap hamba akan berlumba-lumba membuat kebaikan seolah-olah ajal akan tiba bila-bila masa. Selain itu, manusia akan berebut-rebut untuk menunaikan perintah Allah supaya dapat menjadi hambaNYA yang akan menghuni syurga. Itulah yang sukar dilakukan dan kita selalu lalai untuk menyempurnakan matlamat hidup sebenar di dunia ini.

2 comments:

Jun said...

mat p dh stat keje? alhamdulillah...at least x d lah bosan sgt ye. sambil wat keje makan es krem? hehehe...yg tu sure mat p rindu bila dah g opis betul nnti. muga cepat sembuh sepenuhnya...

Aina said...

Thanx kak jun:)