Pengharaman Botol Susu Bayi Polikarbonat Bisphenol A Berkuat Kuasa 1 Mac 2012

Begitulah tajuk berita di mstar online hari ini. Boleh klik untuk baca. Alamak, saya sendiri tidak pasti sama ada botol susu anak-anak saya dari jenis yang mana. Setahu saya mungkin jenis yang bahaya kot sebab jelas-jelas saya membelinya pada harga yang murah sahaja di JJ. Kalau yang bukan jenis Polikarbonat sudah tentu harganya lebih mahal kan? Jika merbahaya, di manakah yang lebih patut diutamakan ketika membeli- duit atau anak kita?

Sebenarnya isu botol susu mengandungi Polikarbonat (PC) bukan isu baru kita dengar. Cuma, kita selalu lupa, dan tidak mengambil berat ketika membeli sesuatu barang. Jujurnya saya sendiri selalu memilih barang dengan melihat kepada harganya terlebih dahulu. Selain itu kurang pengetahuan tentang panduan memilih botol susu yang selamat juga menjadi faktor kenapa ramai ibu bapa membuat pilihan yang salah.

Bagaimana nak mengenal susu botol yang mana satu tidak mengandungi PC?

"Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar" (DS Liow Tiong Lai, MOH)

pic kredit: mstar online

Anak-anak saya yang menyusu botol ialah Addin (4yr) dan Alfatih (1.6yr). Selepas check balik botol-botol susu mereka salah satu ialah jenis PC. Alamak, lepas ni kena buang teruslah!

Botol susu yang tidak mengandungi PC biasanya mahal. Tidak semestinya! Kini ada botol susu alternatif yang mampu dibeli pada harga murah. Contohnya, botol susu jenis polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain. Yang penting, kita tahu apa yang kita mahu.

Jadi, sementara nak tunggu tempoh setahun dari sekarang, mari kita hafal panduan berikut untuk membeli botol susu yang selamat dan cara menggunakan botol PC secara selamat. Yelah mana tahu kot ada yang beru beli semalam botol susu jenis PC takkan nak buang terus kan.


PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT


a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat

Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:

  1. Nombor 7 Pla_7.jpg
  2. Nombor 7 dan PC Pla_7PC.jpg
  3. Nombor 7 dan ‘other’Pla_7ot.jpg

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.


b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat

  1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.

  2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.

  3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.

  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.


0 comments: