Salam sejahtera..
Ada seorang sahabat saya mengeluh. Ketika makan malam di rumah mertuanya, dilihat semua ahli keluarga yang lelaki selepas makan membiarkan pinggan masing-masing di atas meja sebelum beredar dari meja makan.
"mentang-mentang semua adik beradik suaminya lelaki, habis semua lepas tangan pada emak untuk menguruskan dapur. Apa salahnya pinggan tu hantar ke sinki atau terus basuh lagi baik" ngomelnya pada saya.
"bapa mertua saya juga begitu, semua perkara emak buat. Dari kaut nasi, isi lauk dan air minum semua emak yang hulur. Nasib suap ke mulut je buat sendiri.." sambungnya lagi.
Saya hanya tersenyum. Pada saya biasalah lelaki memang macam tu. Biasalah semua itu memang kerja perempuan dari memasak, hidang, basuh pinggan dan keseluruhan dapur kaum hawa yang menguruskan. Ada sesetengah wanita memang dia sendiri suka memanjakan lelaki terutama suami untuk memancing hati mereka. Ada juga turun temurun 'ajaran' nenek moyang (kot) di mana setiap kaum wanita dalam keluarga mesti berbuat begitu kepada lelaki mereka.
Mengambil kesempatan
Pada pendapat kawan saya itu kaum lelaki di dalam keluarga suaminya hanya mengambil kesempatan terhadap kaum wanita. Apa salahnya jika mereka turut sama buat kerja-kerja di dapur? Apa salahnya pinggan makan sendiri yang sebutir tuh terus di basuh. Susah sangat ke nak buat????
Beberapa hari yang lalu menonton satu siri tv kegemaran saya. Citer omputih. Seorang suri rumah didatangi ibu mertuanya. Sepanjang berada di rumahnya, ibu mertua melayan anak-anaknya bagai menatang minyak penuh terutama suaminya yakni anak lelaki si ibu tersebut. Urusan di dapur diuruskan sepenuhnya oleh ibu mertuanya. Ketika makan, si suami mengetuk gelas dan ibunya akan datang untuk memenuhi permintaan anaknya. Memang begitulah caranya dari sejak kecil hingga sudah berumahtangga si ibu tak pernah jemu memanjakan anak lelakinya itu.
Cara si ayah diikut oleh anak-anak. Asal mahu sesuatu mereka ketuk gelas dan nenek mereka akan datang. Cara berkenaan menyebabkan si isteri berasa tidak puas hati. Dia menegur cara ibu mertuanya melayan anak dan suaminya. Pada pendapatnya, cara ibu tersebut salah dan akan menyebabkan anak-anaknya naik lemak dan dia mahu kalau boleh semua anak-anaknya berdikari sendiri tanpa meminta-minta.
Si ibu mertua berasa tersinggung. Dia memberi alasan bahawa meja makan ialah tempat di mana seluruh keluarga akan berkumpul bersama. Adalah tanggungjawab seorang ibu dan isteri untuk melayan dan mengembirakan semua ahli keluarganya. Bagaimanapun si menantu menyanggah cara tersebut kerana ia tidak mendatang keberkesanan dan kebaikan langsung. Akhirya dia mengungkit perihal ibu mertuanya ditinggalkan suami walaupun bertungkus lumus untuk keluarga.
...akan bersambung..... tau dah korang mesti boring baca panjang-panjang kan:)
0 comments:
Post a Comment