Sepanjang hari memikir apa saya nak tulis untuk hari ini. Buntu. Tambah pula dalam kepala serabut memikir untuk update rumah. Bukan nak kasi cantik pun, cuma saya punya hobi menukar kedudukan kerusi meja. Paling lama 2-3 bulan sekali ke...haha apa kena dengan saya kan.
Oklah bukan nak cerita pasal tu, tapi pasal isu follow di kalangan blogger.
Beberapa hari lepas saya ada menulis pasal ini juga. Baca kat sini. Hari ini, blogger En. Ben menulis isu follow ini dengan pandangan yang berbeza. Harap boleh diaplikasikan di kalangan bloggers. Mungkin kalau saya tahu dari awal, saya akan ikut nasihatnya. Apapun, tidak salah. Tidak berdosa pun kalau anda terdesak menggunakan ayat klise tersebut untuk meningkatkan jumlah follower anda.
Beberapa hari lepas saya ada menulis pasal ini juga. Baca kat sini. Hari ini, blogger En. Ben menulis isu follow ini dengan pandangan yang berbeza. Harap boleh diaplikasikan di kalangan bloggers. Mungkin kalau saya tahu dari awal, saya akan ikut nasihatnya. Apapun, tidak salah. Tidak berdosa pun kalau anda terdesak menggunakan ayat klise tersebut untuk meningkatkan jumlah follower anda.
Kalau nak tahu apa kata En. Ben, klik >> Gunakan istilah lebih bijak bab FOLLOW.
Pada pendapat saya isu ini ada 'pro n kontra'. Promot blog macam jual barang juga. Kalau malu nak cakap maka takkan ada orang akan beli barang kita. Soal beli atau tidak itu isu kedua, paling penting ialah orang mendengar. Jadi, terpulang kepada diri masing-masing. Ada yang suka dan ada yang tidak. Bagi yang tidak suka, mereka menganggap ia seperti memaksa pula.
Pada peringkat awal saya juga menjaga 'air muka' dan mengganggap ia akan jatuh kalau saya minta orang lain untuk follow saya. Hinggalah suatu hari saya baca kat blog ciklaili tajuk ini. Katanya kalau follower lebih 25 orang di Twitter kita berpeluang untuk mendapat assigment dari churp churp. Alahai susahnya....Itulah anggapan pertama saya. Selepas berfikir panjang kalau orang lain boleh guna ayat itu apa salahnya kalau saya buat juga. Terdesaklah tuh..
Menulis bukan setakat ikut kata hati dan sesedap rasa. Ia akan menjadi seolah-olah syok sendiri pulak kan? Kita mesti berfikir dengan bijak supaya tulisan kita melekat dihati pembaca. Ya, kesimpulannya saya setuju dengan En. Ben supaya menggunakan pendekatan 'reverse psychology' untuk minta orang menjadi follower kita. Oklah panjang pula saya pot pet pot pet. Dah jadi tagline pula gamaknya. Hahahaha I suker uuuu...:)
2 comments:
saya pun punya hobi yang sama. suka ubah kedudukan perabot dalam rumah. jadi tak ada apa yang tak kena dengan anda. kita serupa :)
'I follow you' kadang2 boleh jadi isu. utk assignment churp2 itulah antara syarat am utk dpt assignment.
* saya dah follow blog & twitter anda :)
salam laily,
terima kasih atas kesudian follow tuh.sebenarnya akak tak aktif twitter ttp teringan nak cuba buat assignment churp tu tp susah nak dpt.saje cuba nasib.
laili pon minat ubah2 kusimeja ke?hehe keje ni mcm terapi pon ada.lepas dah settle terus hilang tension.penat jelah sikit.selalunya kalau anak2 suka memanjat, explore apa yg tak patut mulalah akak berfikir cara nak sekat kenakalan mrk tu.kalau x membahayakan x per
Post a Comment