Blogwalking pun penat juga..

Salam sejahtera,

Blog walking (BW) - jalan-jalan di alam maya. Main lompat blog ke blog pon betul juga, kan?Apa jua maknanya pada anda jom jalan-jalan kat Laman Cahayamata atau singgah kutuk blog ini [link]:D

Mula-mula blogging, saya tak tahu pun apa tu blog walking, tak kenal pun Nuffnang, tak fikir pun nak dapat duit dengan blogging dll. Yang saya tahu cuma nak menulis dalam blog. Dari blog walking baru saya mengenali sikit demi sikit dunia blogging yang luas ini. Jadi, untuk newbies jangan malu jangan segan, rajin-rajinlah buat BW untuk mencari kenalan, cari info dan paling penting kutip ilmu dari blog-blog yang dah senior dan mantap tu.

Bagi yang yang tak kenal dengan Encik Gugel, saya list 5 untuk anda. Selebihnya cari sendiri. Jangan malas-malas dan jangan bagi alasan tak tahu nak cari kat mana.

Once dah ada blog, jangan lupa daftar dengan Nuffnang, Churp churp dll....Terkini ada pula Says.my...memang best. Nak daftar?[ klik sini] Kata orang di Says income lebih cepat dapat berbanding di tempat lain. Saya pun baru nak cuba-cuba...

Bergantung kepada tujuan masing-masing berblog. Ada yang tak kisah dan ramai yang kisah nak cari duit masyuk (kononnyerrr) dengan perolehi pendapatan dari iklan. Namun bukan senang nak senang. BW salah satu cara nak capai matlamat anda. Macam mana? Jangan lupa klik kat link atas tu dan buat blogwalking anda sendiri untuk mencari jawapan. Jangan lupa bertanya pada otai-otai blogger. Insha Allah ramai yang sudi membantu.

Ooooowwwhhhh baru tahu kan,,,, banyak kerja juga sebenarnya jadi blogger ni...Ingat petik jari je, semua boleh dapat ker???? Ingat sekali petik 10 follower datang ke???? Haha tu bergantung macam mana kita nak 'petik jari'..:) kalau tak tau nak 'cuit' hati mereka takkan diorang sudi nak follow kita. Kesian? Terpaksa? Huuuuuh...janji ramai.

Penat juga kan nak blog walking ni....:) kalau dah mai kat blog orang tu bagilah salam, jangan lah catwalk je, drop lah komen ke...menjerit kat kotak menjerit tu ke...baca mana-mana yang patut ke dll. Kutuk pon tak per, tapi kutuk ler sesuatu yang elok untuk dikongsi dan dapat membaiki kelemahan. Aisssshhh kene wat keje menaiplah pulakkan. Penat???

Lepas dah penat jalan-jalan, balik rumah sendiri jangan terus berehat kan...Kalau dah copy code untuk apply kat blog sendiri jangan seronok suka ati terus 'minum kopi' tuh. Kena buat editing sikit untuk sesuaikan dengan blog sendiri. Nak tambah manis ke, kurangkan gula ke..dll. Errmmm kerja lagi....haaaa tau pun penat. Ingat senang nak jadi blogger?
pic kredit to this [links]

Kesian korang kena pot pet pot pet kan. Sebenarnya akak cuma nak ucap terima kasih banyak-banyaklah kepada sesiapa yang blogwalking kat sini:)

Kekadang timbul sesak nafas dan sakit hati bila datang ke rumah orang tu, lambat sangat dia buka pintu. Macam tak ikhlas jerrrrrr. Hahaha mana taknya, kita dah 'ketuk pintu' tapi tuan tanah sibuk pulak nak bentang 'red carpet' dulu baru kita boleh masuk kan..kan..kan? Tak paham? maksud saya ialah loading page yang lembab...Jangan begitu, di sini ada tips untuk mudah blogwalking tanpa menunggu lama. Sila ke rumah Nuriz Space untuk keterangan lanjut....Kalau akak lambat 'buka pintu' tu bukan apa, nak carik tudung kepala jer, hehe...

4 comments:

amry said...

salam kak aina..heheh,suka entry ni...ayat bershaja tapi ada makna.
saya pon dulu waktu2 mula2 buat blog,tak tahu apa itu BW.tunggu laaaa pelawat yang nak komen kat blog.sampai kesudah tak ada pelawat.hehe.sekarang dah tahu apa itu BW.memang bukan sesuatu yang mudah untuk menjadi seorang blogger ni.kena pandai manage masa.memang penat juga a walaupun hanya menaip!! :)

Aina said...

thanx amry..penat menaip no2, no1 penat nak perah idea dr otak ke hujung jari:)

sabree hussin said...

blogwalk best kalau internet laju dan blog yang kita singgah tak merapu..


by the way. keep up the good works

724422 @ matyo said...

mmg benda ni bagus utk traffic

jom join blogroll KongsiCerita