Puteri-puteri cantik pilihan Putera Katak kacak


*Salam sejahtera*
Putera Katak melambangkan seorang yang tak cukup hensom. Tapi walaupun dia katak dan kurang hensom dia juga mempunyai citarasa yang sangat tinggi. Pilihan hatinya mestilah wanita yang cantik untuk dijadikan permaisuri di singgahsana. Begitulah kisah di dalam cerita dongeng, di mana akhirnya putera katak berjaya menemui puteri raja dan ia pun bertukar menjadi putera yang kacak dan akhirnya hidup bahagia selamanya. Jadi, kalau kacak dan cantik adakah mesti dipadankan dengan si cantik atau si kacak juga?

Kecantikan itu berbeda penilaiannya bagi setiap orang. Ada yang kata si dia itu sangat cantik tetapi saya kata dia biasa biasa jer...'biasa biasa' maknanya kurang cantik lah kot tapi dalam bahasa yang tak mengecilkan hati sesiapa pun. Memiliki wajah 'biasa biasa' jer tetapi berbudi pekerti tinggi dan berhati mulia lebih menjadi pilihan kebanyakan orang. Kerana wajah yang jelita dengan pekerti yang buruk menjadikan dia seorang yang dibenci oleh orang lain. Namun, sebaliknya ada yang tidak kisah pun....

Kecantikan luaran itu tidak kekal, tetapi ada yang cuba mengekalkannya dengan pelbagai rawatan kecantikan dan pengubahan wajah sama ada secara asli, secara halal atau secara luar tabii. Mmmm terpulang kepada masing-masing. Yang penting, hukum mengubah ciptaan Yang Maha Esa itu HARAM bagi orang yang beragama Islam.

Ok, ini berita di dalam The Telegraph UK, hasil undian yang dijalankan, telah meletakkan Kate Middleton yang baru dianugerahkan gelaran Duchess of Cambridge dipilih sebagai puteri raja yang ke 3 tercantik di dalam sejarah di kalangan puteri-puteri raja di seluruh dunia. Wow, dapat gelaran puteri! Pada hemat saya Kate memang cantik. Jadi berikut ialah kedudukan 1-10 carta puteri raja pilihan si Putera Katak

Top 10 royal beauties: women

1. Princess Grace of Monaco: 91%


2. Queen Rania of Jordan: 90%

3. Princess in waiting, Kate Middleton: 84%

4. Diana, Princess of Wales: 82%

5. Princess Charlotte of Monaco: 76%

6. Princess Gayatri Devi: 75%

7. Princess Madeline of Sweden: 74%

8. Crown Princess Mary of Denmark: 72%

9. Princess Margaret: 70%

10. Princess Masako of Japan: 68%

Sumber berita: The Telegraph UK

Undian untuk putera raja pun ada. Mengejutkan Putera Harry mengatasi abangnya di tempat ke-4, William ke-5 dan bapa mereka Prince Charles di tempat ke-10. Begitulah undian dijalankan. Namun lain orang lain pendapatnya, jadi jangan marah jangan keciwa... No hard feeling yerrr:P Berikut senarai putera Katak raja yang kacak itu:P


3 comments:

Unknown said...

rasanya semua puteri2 tue ok2 jer..

Tip elak lupa password windows atau internet

Aina said...

cayrol,
ok2 jer = biasa2 jelah ek? hehe

Unknown said...

kalau mcm ni, kite pon nk jdi puteri lah boleh? *haha perasannn.