*Salam sejahtera*
Selamat hari guru kepada para guru di seluruh negara pada hari ini. Moga hari ini para guru tersenyum gembira dan berbahagia dalam sambutan yang diadakan di sekolah-sekolah. Hari ini di sekolah anak saya pun berlangsungnya sambutan hari guru. Dia siap minta dibawa hadiah lagi untuk diberikan kepada cikgunya. Emmm maka terpaksalah ibu membuat kad ucapan dan bagi hadiah pada setiap cikgu mereka.
Hari ini Perdana Menteri mengumumkan berita gembira untuk warga pendidik. Ini berita dari Utusan Malaysia Online:
KUCHING 16 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru dengan mengkategorikan mereka mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru.Katanya, empat lapisan jawatan itu akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.
"Melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru ini, laluan kerjaya guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan sehingga mencapai ke Gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan," katanya dalam rakaman video yang ditayangkan pada sambutan Hari Guru Kebangsaan, di sini hari ini.Perdana Menteri mengumumkan, semua guru yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.
Katanya lagi, bagi guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang menikmati pergerakan gaji tahunan.
"Untuk ini, kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 100 peratus dengan menambah sebanyak 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru," katanya.
Najib juga mengumumkan, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan.Katanya, semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah Gred DG44 dinaikkan ke Gred DG48 dan ini melibatkan 6,585 jawatan.
"Seterusnya, semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan 99 jawatan," katanya. - Utusan, oleh: Saiful Haizan Hasam
Moga kerjaya perguruan tidak lagi dipandang sebagai pilihan kedua..ketiga dan seterusnya...Bukan senang nak mendidik anak bangsa dan bukan senang juga nak memimpin anak-anak bangsa ini ke jalan yang benar tatkala ramai di antara mereka sudah rosak akhlak dan terjebak dalam gejala sosial yang serius. Banyak keluhan yang saya dengar dari kawan-kawan yang mengajar di sekolah menengah. Namun, inilah cabaran warga pendidik. Walaupun kehormatan warga pendidik dicemari dengan sikap segelintir guru yang tergelincir dari landasan profesionalisme mereka namun itu tidak bukan penghalang untuk guru-guru lain berjuang dengan jujur, amanah, cekal dan menjadi contoh teladan kepada semua.
4 comments:
bagus lah.. semakin byk insentif utk guru.. x de org pandang lekeh kat guru..
n3 terbaru kakyong
Jom layan Nur Kasih the movie
JOm minum petang
Selamat hari Guru
dulu walaupon tak dengar cakap cikgu tapi kite masih hormat pd cikgu kite kan kak hermm Selamat hari guru....
kak yong,
a'ah kan..esp untuk generasi baru.profesyen cikgu akan dilihat bukan sebagai pilihan terakhir dalam memilih ipta utk sambung blajar
zippo,
ya betul...budak skrang kurang ajar lain macam sket.bakor kete cekgu deme:(
Post a Comment