Dulu Setan Prebet, sekarang Jeneral Setan

*Salam sejahtera* 

Pernah tak masa korang nak buat kebaikan, tiba-tiba ada kesusahan yang mendatang. Ujian yang amat besar dan paling berat dalam hidup anda hinggakan satu saat terasa ingin berputus asa terhadap hidup ini...


Katakanlah, korang dulu budak jahat dan sekarang dah bertaubat nasuha. Ok, anda baik tapi mesti pernah buat dosakan? Tiba-tiba korang mendapat kemalangan yang tak pernah menimpa diri semasa korang jadi jahat dulu. Apa perasaan korang?

Kesusahan, dugaan dan cabaran adalah dugaan yang datang dari Allah untuk menguji sama ada kita akan tetap berada di jalan kebaikan atau kembali kepada jalan yang tidak diredhai Allah. Dalam keadaan ini, syaitan akan sentiasa menghasut manusia supaya berpaling dari Allah dan kembali ke jalan sesat. Tak payah lah fikir yang korang bukan buat perkara sesat dan syirik, tapi ambil contoh dulu tak solat penuh 5 waktu tetapi sekarang dan solat penuh. Dulu tak dengar cakap parents sekarang dah jadi anak baik. Hal yang sekecil ini pun syaitan akan sentiasa mengekori kita kerana itulah janji mereka pada Allah untuk menggoda manusia sampai hari kiamat. 
Syaitan itu akan menghuni hati yang akan mengadu dombakan kita dengan pelbagai bisikan yang akan meruntun jiwa, melemahkan semangat dan akhirnya putus asa terhadap jalan kebaikan. Bagaimana mahu melawan bisikan dan hasutan syaitan? Sentiasalah berdoa kepada Allah dan mohon hidayah-Nya. Hidayah, kekuatan jiwa dan keteguhan iman akan meletakkan kita terus berada di landasan yang benar. Iman manusia boleh berubah-ubah setiap masa. Ada masa iman kita di tahap tinggi dan ada masa merudum ke bawah. Jadi, walaupun sesudah beroleh hidayah dan petunjuk Allah seseorang itu ada kebarangkalian besar untuk kembali ke jalan mungkar...
Contoh Setan Prebet
Berbahagialah manusia yang berjaya istiqamah dalam jihad di jalan kebaikan. Jangan putus asa jika ada di antara kita masih diuji dengan macam-macam hal kerana rupa-rupanya dulu masa zaman jahil hanya Setan Prebet berkepit dekat kita, tapi bila kita dah insaf, Jeneral Setan pulak yang ditugaskan untuk membawa kita kembali jadi jahat. Selamat berjuang menjadi manusia yang baik :)
Gambar google image - Janeral Setan (imaginasi semata)

*sedikit perkongsian hasil
menonton Al Hidayah TV3, 1pm*

4 comments:

syuwai said...

thanks sharing ^___^

Aina said...

syuwai,
terima kasih singgah di sini...

sekadar memanjangkan ilmu yg didengar...bukan tara mana pun.sambil2 mengingatkan diri sendiri juga:)

ZIPPO MILLER said...

terime kasih berkongsi kak

Aina said...

zippo,

terima kasih jugak sbb sudi baca :)