*Salam sejahtera*
Dalam rancangan melodi minggu lepas, tertengok temubual wartawan dengan Siti Musliha, kanak-kanak istimewa yang suatu ketika dulu pernah mencuit hati rakyat Malaysia denagn bakat luar biasanya. Dia petah bercakap, dia boleh menyanyi da juga berlakon. Sewaktu awal kemunculannya dulu, dia sempat merakam album dan berlakon drama. Namun tidak lama kemudian beliau menyepi...
Terkini dikhabarkan pada 2 Julai akan datang ini beliau akan membuat persembahan bersama penyanyi Datuk M. Nasir di Melaka. Semoga peminat yang masih mengingati dan merindui insan istimewa ini tidak melepaskan peluang untuk bersua dengannya..
||Sumber|| |
PADA 17 tahun yang lalu, Siti Musliha Mohd. Mustapha telah menawan hati berjuta-juta rakyat Malaysia dengan kebolehannya menyanyi dan menghafal 30 juzuk al-Quran dengan hanya mendengarnya.
Kepetahan budak perempuan itu berbicara dalam program Malaysia Hari Ini di TV3 pada tahun 1994 pula membuatkan orang terlupa seketika betapa dia mempunyai banyak kekurangan pada wajahnya.
Pada masa itu, Siti Musliha baru berusia 11 tahun. Setahun kemudian, dia merakamkan album Siti Musliha, diikuti album kedua pada tahun 1996, Mutiara Hati.
Siti Musliha dilahirkan tidak sempurna. Anak kelahiran Kajang, Selangor itu tidak mempunyai batang hidung manakala salah satu lubang hidungnya terletak di atas kening.Untuk membolehkannya menjalani kehidupan yang lebih baik, Siti Musliha, kini berusia 28 tahun, telah menjalani pembedahan wajah sebanyak empat kali di Adelaide, Australia.
Umrah
Pembedahan pertama yang dilakukan kira-kira setahun selepas kelahirannya pada 1983. Pembedahan selama 10 jam itu dibuat dari bahagian kulit kepala berdekatan telinga kiri ke telinga kanan.
Secebis tulang selangka turut diambil untuk membentuk hidungnya. Selain hidung, pembedahan untuk memisahkan jari tangannya juga dilakukan serentak.Pembedahan kedua berlangsung pada tahun 1988 bagi membetulkan kedudukan mata, mendekatkan jarak mata dan membentuk semula bahagian muka.
Ia disusuli pembedahan membetulkan kedudukan hidung pada tahun 1994 agar dia mudah bernafas. Tulang selangka sebelah kanan Siti Musliha diambil untuk membentuk hidung itu. Pembedahan terakhir pada tahun 1996 juga bertujuan membetulkan kedudukan hidungnya.
Bagi Siti Musliha, pembedahan itu merupakan momen yang menyakitkan. “Saya sudah merasa bagaimana sakitnya menjalani pembedahan plastik. Jika diikutkan saya tidak mahu dibedah lagi.
“Namun, kalau ada insan yang ikhlas mahu membantu menjalani pembedahan, tidak salah untuk saya menerima,” kata Siti Musliha yang sekarang terpaksa bernafas melalui mulut selepas hidungnya kembali tersumbat berikutan tumbesaran yang dialaminya.
Tidak ramai orang yang tahu ke mana menghilangnya Siti Musliha selepas tahun 1997.Tetapi kata Siti Musliha, dia melalui hari-hari seperti biasa hingga tamat persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur.
“Saya penuhi masa di rumah dengan bersolat atau membaca al-Quran. Saya juga menonton program keagamaan di saluran televisyen,” katanya kepada Jurnal.
Sesekali Siti Musliha akan keluar menjamu selera di McDonald’s atau pergi makan aiskrim. Kadangkala dia keluar selepas solat Maghrib bersama keluarga untuk menonton wayang tengah malam.
Bulan lalu, Siti Musliha mengerjakan umrah bersama ibu bapanya di Tanah Suci Mekah. Ibadat itu menuntut pergerakan yang banyak terutamanya semasa melakukan tawaf dan sai.
Namun, Siti Musliha lebih gembira berjalan kaki daripada menggunakan kerusi roda. Katanya, saat tapak kakinya memijak Masjidil Haram, hatinya tidak putus-putus memanjatkan syukur kerana itulah impiannya selama ini.
Dan sekali lagi di hadapan Kaabah, air matanya bercucuran sambil menadah tangan dan berdoa: “Ya Allah ya Tuhanku, aku bermohon kepada-Mu, pulihkan pancainderaku agar aku dapat melihat dengan jelas dan merasai kehebatan ciptaan-Mu di alam ini.
Siti Musliha bagaikan dapat merasakan betapa dekat dirinya dengan Tuhan ketika itu. [sumber]
2 comments:
Dah lama tak dengar cerita pasal siti musliha ni..dapat baca dekat sini :) thx berkongsi info~
masa dia kluar kat tv aritu mmg hepi sgt sbb tgk dia dah besar dah ...
anum pun kenal ct musliha?bukan apa dia kan lebih tua dr anum..
Post a Comment