K-Drama : Hotelier

Teraju utama drama Korea ini

Drama ni ulangan di NTV7 pukul 12pm setiap Isnin - Jumaat. Memang slot tu tayang drama-drama Korea yang best. Tapi setakat ni Winter Sonata belum lagi tayang...hehe tunggu ajelah nanti ek kot-kot akan menyusul pada bulan-bulan mendatang. Tapi hero Winter Sonata ada berlakon dalam drama Hotelier ni..tapi dia bukan 1st herolah dan watak dia pon tak lah touching sangat macam dalam Winter Sonata...

Heroin Full House pon ada berlakon as 2nd heroin. Cerita ni walaupun tak se'hot' Full House atau Winter Sonata ia tetap meletop! Hehe kalau dah suka Korean Drama tu citer apepun tetap best.. siyes setakat ni tak de citer yang tak best. Oklah, ni sinopsis citer Hotelier rekaan saya yer...

Pemilik Hotel Seoul meninggal dunia dalam keadaan hotelnya yang meruncing. Sebelum meninggal dia tinggalkan 1 fail berkenaan bekas staf yang telah dipecat iaitu Han di atas meja. Selepas isteri beliau ambil alih hotel, dia suruh pengurus Suh pergi cari Han di US. Kat US Suh jumpa Frank iaitu seorang peguam yang diupah oleh Kim yang hendak ambil alih Hotel Seoul. 

Selepas Suh bawa Han balik Korea dan jadi pengurus besar, pelbagai cabaran diharungi untuk menaikkan balik ekonomi hotel. Frank dalam usaha untuk membantu Kim ambil alih Hotel Seoul, dia duduk kat hotel tu dan kemudian jatuh cinta dengan Suh. Anak mendiang pemilik hotel jatuh cinta dengan anak Kim, tapi dalam satu kejadian anak Kim jatuh cinta dengan Han. Han ada hati dengan Suh, jadi berlaku cinta 3 segi, 4 segi dan 5 segi kat situ...

Nak tahu kesudahan cerita ni, jangan lupa menonton. Kalau tak nak tonton tapi nak tahu kesudahan cerita ni boleh chek kat sini [link]. Hehe jagan marah nooo saya bukan anti klimaks tapi suka nak tahu ending cerita sebelum cerita tu tamat sendiri. Nak tunggu lama sangat jadi kalau dah tahu, tadek lah sakit hati sangat dengan perjalanan cerita yang slow motion. Ahaks... :D




Fotos ehsan Google Image

2 comments:

zippo miller said...

aik akak pun minat Korea gak? huhuh same same heheh

Aina said...

k-drama,k-movie mmg minat.k-pop je x minat.hehe