Buah tangan 'mak Si Tanggang'

*Salam sejahtera*

'mak Si Tanggang' - ini istilah mak mertua saya lah bila dia nak mengirim macam-macam dari kampung untuk anak-anak di bandar. Dari pisang, daun kunyit, serai, lada, nangka,gulai kenduri, hatta nasi lemak pon dia akan kirim kepada kami. Begitulah kasihnya ibu....ingat sokmo pada anak-anaknya.

Adik ipar saya selalu marah mak dia bila sebut mak Si Tanggang. Tak baik katanya. Yelah, Si Tanggang kan anak durhaka gitu, sedangkan dia anak yang baik...Begitulah harapnya. Hehe...

Jom tengok apa mak-mak saya kirim dari kampung baru-baru ni...

Mi Lidi ni akak ipar saya beli di Pekan Bandar Diraja. Dekat tempat lain susah nak jumpa mi lidi jenis ni..Ala-ala spageti kena rebus dulu sebelum boleh dimakan atau nak buat mee goreng. Famili hubby memang gemar mee ni. Saya masuk famili diorang baru kenal mi lidi ni...

Dah siap pun...
 Lepas tu ada pisang bakar (nama pisang) dan gulai daging hitam mak bagi. Terima kasih mak...

Baru-baru ni mak dan abah saya pergi Kedah untuk jemput adik saya tamat belajar di Insaniah. Sambil tu diorang jalan-jalan ke Langkawi dan Pdang Besar. Apa lagi saya kirim lah beli pulut hitam di sana. Kualiti pulut dari sana elok sikit kot berbanding kat sini. Harga pun murah. Mungkin diimport dari siam kot....
Cedok masuk mangkuk, curahkan sedikit santan pekat...bagus untuk menternak lemak :)) komfem mabeles!!
Memang puas makan....ada lagi stok belom masak. Nanti-nanti masak lagi. Bertambahlah lemak dalam badan kalau makan selalu....dah ler bulan ni banyak acara makan-makan. Nanti nak balik kampung cuti sekolah, mesti mak mertua saya terkejut tengok menantu dia yang ni gemuk gedempol dah jadinya...uwaaa :(

Mana tak gemuk, tengok apa lagi ole-ole mak kirim pada saya. Ada cokelat Langkawi, kuih dari pasar tani hari Ahad pon dia bagi... Bukan apa, masakan orang KL tak sama dengan Raub. Sebab tu mak beli rojak, popia, karipap pedas dan laksa untuk kami...Banyak kan? Sorilah tak sempat nak amik gambar semua dah masuk perot. Ishh ishh poyo betul Kak Aina ni kan,takkan seme benda nak tunjuk kot??

Kenal tak pucuk selimpat. Mungkin di tempat atau negeri lain ada nama lain...Dulu-dulu pernah jumpa kat satu kedai makan di AU2, pucuk selimpat ni diorang jadikan ulam je...rebus dan cicah dengan sambal. Saya pulak buat masak pedas, campur sikit sos tiram. Ada satu blog tu dia buat masak goreng berlacan. Jenguk kat sini [klik].
Inilah rupa sayur selimpat. Korang kenal tak?? Kami kat Pahang panggil selimpat... :)
Inilah hasil chef Aina...ahaks :P Selimpat pedas dengan sos tiram
 Ada lagi mak bagi....

Jangat
Kalau korang pernah baca entry saya bertajuk 'Kulit kerbau vs Tapak kaki lembu' mesti dah kenal jangat ni...Ya, ia dibuat dari kulit kerbau. Kulit kerbau tu kena bakar dulu dan lepas kikis bekas-bekas hangus kena bakar tu barulah dapat rupa yang cantik dan comel macam dalam pic ni...Jangat ni boleh disimpan lama. Jadi hari tu dapat lah saya makan 2 round sebab banyak juga mak bagi. 1st tu saya masak gulai lemak cili api bersama rebung. Kali kedua, rebung dah habis, saya buat masak merah campur dengan cendawan shitaki. Hehe..resepi tibai, tapi sedap juga rupanya :))
Shitaki - google image
Masa pertama kali beli cendawan ni, cashier JJ tu siap tanya lagi apa saya nak masak. Katanya dia saja nak tahu sebab cendawan ni ada berbau sikit, jadi mungkin tak ramai yang sukakannya. Dan lagi, kalau best dia nak cuba masak juga...hahaha sesekali bila kaunter tak jem, sempatlah chit chat dengan cashier girl tu. Pasal AF pon sempat kami sembang. Yelah, rumah kaca budak AF tu depan mata je,  sajelah cakap kat dia seronok boleh cuci mata...dia gelak jer.

Cendawan shitaki atau shiitake ni banyak khasiat rupanya. Antaranya boleh mengurangkan kolesterol. Maklumat lanjut boleh baca di sini [klik]. Kalau masak nasi goreng, campurkan shitaki ni pon memang best! Cuba tau...

0 comments: