Harper's Island

Korang tengok tak drama ni? Kisah pembunuhan bersiri yang berlaku di Harper's Island. Drama bersiri ni dah nak sampai episod akhir dah pun tau! Citer ni memang suspens jer dan sakit hati betul bila tengok sorang demi sorang kena bunuh. Kesian jer...isskkk :(

Sebenarnya saya bukan follow seluruh episod pun. Hatta episod pertama kedua dan ketiga pun tak tengok. Dah ler tayang di channel yang jarang-jarang singgah, midnite pulak tuh....Tapi tah macam mana satu malam tu tertengok tapi minggu berikutnya tak tengok sebab lupa..Selepas tertengok kali ke 2 barulah saya follow - betul-betul punya follow, heheheh. Itupun selepas baca kat Internet jumlah episod drama ni tak panjang dan hanya ada 1 musim je...Adoiiii...banyak pulak 'mak cik' ni pot pet pot pet kan :P

Apapun jom layan citer ni sambil layan blog masing-masing. RTM2 dah ada live streaming tv...[klik sini] Jadi tak payah pergi jauh-jauh, duk depan pc pon boleh nonton kan :)


( Aduhai kena salin semua. Tah cam na, terdelete entry sebelum ni....) :(

Sinopsis citer - Alkisah sekumpulan pemuda-mudi datang ke Harper's Island untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat mereka Henry dan Trish. Kepulangan semula Abby ke pulau menyebabkan dendam lama John Wakefield kembali membara. Seorang demi seorang mati di tangannya. Sebelum itu semua orang juga tak pasti siapa pembunuhnya. Sehingga beberapa orang disyaki termasuklah ayah Abby, sherif pulau yang akhirnya mati di depan mata anaknya sendiri.

Hampir penghujung cerita, terbongkar yang Wakefield ada rakan subahat. Emmm kemudian adalah yang menjadi 'kambing hitam'. Namun di penghujung episod minggu lepas sudah didedahkan siapa pembunuh ke2 tersebut. Motif pembunuhan ialah kerana Abby. Wakefield melihat Abby seperti mendiang ibunya. Ibu Abby pernah ada anak dengan Wakefield tetapi mem'buang' anak tersebut. Wakefiled sangat marah atas hal tersebut.

Walaupun ada episod guide di Internet tapi ada beberapa persoalan yang harus di jawab malam ini. Jom nonton sama-sama ok :)

Cast utama - Abby dan Henry


beriya berlari-lari akhirnya mati juga ditangan kekasih hati...kesian Trish

John Wakefield - pembunuh utama
Jimmy kekasih Abby - si kambing hitam
Henry si musang berbulu ayam

0 comments: