*Salam sejahtera*
Agak-agak apa hadiah untuk diberikan kepada wanita yang bergelar ibu pada Hari Ibu ini? Ya, terpulang kepada citarasa ibu atau isteri anda. Tetapi takkan nak beli hadiah tanya mereka kan. Pandai-pandai lah sendiri meneka kegemaran ibu/isteri anda...Selalunya para ibu/isteri menerima sahaja dengan penuh gembira hadiah yang diberikan..Apa yang penting anak dan suami menghargai kehadiran mereka sebagai tunjang keluarga.
Seronok juga membaca artikel tentang apa hadiah diberikan kepada ibu sempena hari ibu. Macam-macam jawapan diberikan. Paling koman pun ajak ibu makan berdua-duaan di restoren kegemaran ibu. Paling best ada yang nak bagi ibunya phone 'berry' atau ipad. Hehe ibu gila gajet betul tuh.
Oklah sekadar suka-suka jom cuci mata sambil mikir hadiah yang menarik sempena Hari ibu:
Jimmy Choo |
Chanel |
LV |
Skarf sutera |
Shawl |
Kain pasang buat baju raya pon boleh kan? |
Contoh je ni, tapi boleh buat kad dan letaklah pantun ke sajak ciptaan sendiri ke..hehe |
Tolong buat kerja rumah dan hantar kad ucapan online pun boleh jugak.. Kalau tak sempat cium ibu hari ini just telefon ibu dan nyanyi lagu ibu untuk dia...so sweet kan?
All pics credit to google image
Ada 1001 macam lagi yang boleh anda fikirkan. Moga ibu-ibu kita sentiasa bahagia untuk membahagiakan semua orang di dalam keluarga. Jika ibu tak ceria tentunya suram je kan sesebuah keluarga tu. Akhir sekali jangan lupa mendoakan ibu...Jika dia sudah tiada di dunia ini, moga dia bahagia juga di alam sana harapnya..Insha Allah :)
Selamat Hari ibu buat ibu saya Tg. Rasidah dan ibu mertua, Hajjah Rosna - moga mak berdua cepat sehat dan dikurniakan Allah kesihatan, kebahagiaan dan limpahan rahmat-Nya di dunia - akhirat. Amin.
Mak berdua kat kampung, jadi ini untuk mak: I Love You...
0 comments:
Post a Comment