Sukaneka Tadika Ummu Ain 2011

*Salam sejahtera*

Alhamdulillah hari ini Almustofa beraksi di sukaneka Tadika Ummu Ain. Bertempat di padang permainan perumahan AU2, sukaneka berlangsung dengan simple tetapi meriah.

Suasana hari bermula dengan cuaca yang mendung dan hujan selepas Subuh. Dalam hati risau juga macam mana nak bersukan dalam cuaca macam tu? Padang pula mesti becak. Sambil menanti jam 8 pagi, saya mengejut anak-anak mandi dan menggoreng nugget sebagai bekalan ke padang dan juga sarapan pagi buat yang tinggal di rumah. Apabila siap semua, saya cuba menelefon teksi tetapi tiada berjawab. Saya menjenguk tinggap, melihat masihkah ada renyai hujan di luar. Jam sudah 8.30 pagi. Lantas saya membawa sahaja '2 AL' keluar rumah untuk mendapat teksi dari tepi jalan. 

Syukur, sebaik keluar rumah, hujan renyai juga sudah berhenti. Mentari mulai mencelikkan 'mata'nya untuk kami. Tak lama menunggu, teksi tiba dan kami sampai di padang sebaik elok sukan hendak memulakan acara. Panas juga mula melebarkan wilayahnya..

Sebelum memulakan acara, Ustaz Zahari memulakan majlis dengan bacaan Alfatihah, dedikasi buat mangasa tragedi tanah runtuh di rumah anak yatim, Ulu Langat. Sebak juga dalam hati bila terkenangkan semua mangsa tragedi tersebut. Acara pertama sukan dimulakan dengan perbarisan hormat masuk gelanggang.

Ustaz Zahari, pengacara majlis

Semua pasukan biru, kuning, hijau dan pepel di khemah sebelum perarakan masuk padang

Cikgu Pah, pengurus pasukan biru

Almustofa yang ceria pada hari sukan pertamanya!

BFF, Hairi....

 
Alfatih berkerut je sepanjang masa. Pelik tengok ramainya manusia hari ni...

 
'2 AL' - Almustofa & Alfatih. Tengok, payah benor adik nak senyum

Perarakan masuk oleh pasukan kuning

Pasukan biru sudah bersedia di atas gelanggang

Acara  senamrobik - kata pengacara majlis gimrama, seb baik bukan poco-poco :D

Kemain semua, termasuk cikgu-cikgu di barisan belakang tu :P hihi

Almustofa masuk 2 acara sahaja. Acara berpasukan dapat pingat perak dan acara lumba lari individu kalah...ada 1 acara yang tak masuk dalam pertandingan, tapi kalau ada sure dia menang. Ni acaranya...

Pantang jumpa tiang mesti nak cuba panjat...

Berjaya jugak naik, tapi sampai tengah jer. [...kisah Almustofa]
 


Penyampaian hadiah (P)

Ustazah Rohana memakaikan pingat kepada pemenang

 




0 comments: