Cuti sekolah, ramai orang kawen

*Salam sejahtera*

Sudah beberapa hari cuti sekolah bermula....anak-anak masih di rumah menanti ketibaan Mak Long dan Pak Abang mereka untuk datang menjemput pulang ke kampung. Minggu depan Pak Ijan mereka nak kawen jadi konvoi ke Kelantan akan bergerak pada hari Selasa depan....semoga semuanya akan berjalan dengan lancar.

Ihsan gugel imej



Terdahulu Abang Jem aka Salih Yaakub dan selamat bernikah kali ke-5! Tahniah moga dia berbahagia dengan isteri-isterinya dunia sampai akhirat. Banyak mulut yang memberi reaksi berbeza di atas amalan poligami beliau. Apapun yang baik itulah yang patut dijadikan contoh dan jangan bersangka buruk pada sesuatu yang Islam benarkan. Renungkan hikmahnya pada agama dan jangan merenungkan keindahan di sudut nafsu semata![tengok gambar Salih dan isteri baru]

Selain kawen, ramai juga orang sibuk bertunangan di musim cuti sekolah ini. Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan acara bertunang Ely Mazlin dengan menaiki kuda. Wah wah best naik kuda. Kami sudah lama tak menunggang kuda dan naik kereta kuda di Tasik Titiwangsa. Yelah sejak tiada kereta ni acara berjalan hanya jarak dekat je dengan teksi. Nak jalan jauh tu bukan tak boleh, malas je...Korang cuti ni bolehlah bawa anak-anak menunggang kuda di sana dan sambil berjogging memecah lemak secara semulajadi.....ahaks :D

Dalam pada kita di sini sibuk nak bekwoh,di negara omputih sana, En. Pitt pun sibuk nak kawen juga dengan kekasih hati 'Lara Croft'. Emmmm elok sangatlah tu sebab dah lama hidup bagai suami isteri dan beranak pinak elok sangatlah kawen! [Brad Pitt Mahu Segera Kahwin Dengan Angelina Jolie].Tapi tulah ramai ummat Islam kat Malaysia ni yang meniru cara hidup macam itu. Dalam pada ramai yang nak kawen tapi tiada cukup duit, mereka yang mampu ini, sanggup memilih hidup tanpa ikatan yang halal. Dalam pada ramai yang nak kawen juga tapi tiada duit, mereka memilih jalan pintas pula dengan cara 'buat dulu' sebelum kawen. Kalau nasib baik dapat kawen free dan kalau nasib tak baik...Bye bye sayang!

Perkahwinan ialah suatu ikatan yang suci dan memastikan kelangsungan keturunan seseorang. Oleh itu adalah penting untuk melahirkan zuriat yang bersih dan suci serta halal supaya generasi kita tidak rosak dan dipandang hina kerana taraf 'tidak sah' mereka. Walaupun kita sudah moden dan berfikiran terbuka namun hukum Islam yang berzaman-zaman digunapakai itu tidak pernah berubah dan sesuai untuk sepanjang zaman. Kalau kita hidup berpandukan Alquran, hadis dan ada Ulamak membimbing kita Insha Allah DIA akan menunjukkan kita jalan yang lurus ke sisiNYA...

Untuk adik-adik, saya nak menurunkan sedikit nasihat iaitu buatlah Solat istikharah untuk membantu anda membuat keputusan dalam memilih calon suami. Ada orang takut nak buat sebab bimbang jika bukan kekasih pilihan hati yang akan keluar di dalam 'mimpi'nya....Tak semestinya 'petunjuk' keluar dalam bentuk mimpi. Namun apa yang akak ingin bagitahu (menurut pengalaman) jika kita yakin dengan ketentuan Ilahi Insha Allah masa depan kita kelak akan dihadapi dengan lebih positif dan sabar walaupun pelbagai rintangan yang akan dihadapi. [bacaan tambahan solat istikharah]

Berkahwin bukan untuk hidup dengan seorang dan memiliki seseorang dalam hidup. Berkahwin menyatukan 2 keluarga dan kita mesti bersedia fizikal dan mental untuk bercampur baik dengan semua orang dan berkongsi 'suami' dengan ahli keluarganya. Walaupun isteri adalah hak mutlak suami namun suami juga harus menghormati isteri dan keluarganya...Jika kedua pihak faham erti sebenar perkahwinan sebenar, Insha Allah perceraian dapat dikurangkan.

Selamat pengantin baru buat adik sejiranku, Kamisah yang akan berkahwin di Raub Pahang. Selamat Pengantin Baru juga buat kawan lama, Cik Sue yang berkahwin di Lipis Pahang. Semoga perkahwinan kekal bahagia sampai syurga. Amin.

3 comments:

Anonymous said...

musim cuti sekolah je mesti ramai yg buat kenduri kawin..jgn sakit perut makan kenduri udahlah =)

Aina said...

Tina,

a'ah kan..lagi satu, banyak makan sedap larik diet.hehe. Tina dan fmly tak balik kampung atau pegi holiday?

Zuwairi Aiman said...

Salam kunjungan.. blog menarik, singgah la ke blog saya ;)

http://www.zuwairiaiman.com