Entry pertama tentang AI

Baru selesai menonton American Idol...saya jarang-jarang menontonnya dan kalau menonton pun hanya untuk melihat persembahan James Durbin. Hehe kenapa? awak ingat saya minat sangat dia ker? Nope. Not really. (tak mengaku konon..)

transformasi James dari audition - skrang

Saya juga suka Scotty yang bersuara besar tapi masih budak rupanya. Cuma dari masa audition sampai minggu ini persembahan James sangat sangat konsisten. Scotty pon boleh tahan juga. Suaranya lain daripada peserta yang pernah muncul di pentas AI sebelum ini. Berbanding James, orang cakap dia ada iras iras Adam Lambert. Tapi pada saya dia lebih bagus dari budak gay itu! Cuma, tak tahulah adakah dia akan punya aura sama macam Adam sebab James ni bapak orang dah pun.

Malam ni persembahan semua peserta sangat sangat bagus...Tak sabar nak tahu siapa yang terkeluar daripada top 5, akhirnya saya terus aja menonton episod untuk elemination top 5 di laman rasmi AI. Rupa-rupanya pak itam yang kusangka akan ke final pada minggu awal awal dulu telah tersinggkir! Jacob Lusk...dia bagus juga tapi tak berapa menyerlah pada akhir akhir ini. Tenggelam di kalangan peserta omputih yang lain. Opppss saya bukan racist tau...sekadar memberitahu Jacob ialah peserta kulit hitam terakhir tersingkir dari pentas AI musim ini.
Jacob Lusk - mata dia menarik.hehe

Oklah minggu depan nak nonton lagi. Since dah tinggal few episodes je lagi, pasti ianya suatu yang menarik untuk ditonton. Tambah lagi Mega muvie minggu ni tak menarik hati, dapatlah melepak depan 8tv sahaja..

ignore kan Jacob, selainnya itulah 2 pasang peserta top 4

0 comments: