*Salam sejahtera*
Hari ni bawa anak jumpa dentist. Ada dua klinik pilihan yang biasa kami pergi di Taman Permata iaitu Klinik Nooriah atau Klinik Zalinda. Kedua klinik ni terletak berdekatan Giant Taman Permata.
Klinik Nooriah dibuka Isnin - Sabtu, dari pagi - 9mlm. Klinik Nooriah selalu ramai orang. Kalau nak ke sana better cop giliran dulu kalau tidak lama menunggu. Kalau datang dekat nak tutup, even sejam sebelum pun kemungkinan kita tak mendapat giliran adalah besar. Tak taulah masa bila tak ramai orang. Workdays kot...sebab selalu saya datang weekends dan mesti orang ramai...
Klinik Zalinda pula
dibuka setiap hari sampai Ahad kecuali cuti umum. Tak perasan pula timingnya tapi diorang tutup awal sedikit dari Klinik Nooriah dan hari Ahad tu sampai 2pm jer...Klinik Zalinda terletak di tingkat 2. Yang best di Klinik Zalinda ialah suasana kat situ memang happening untuk budak-budak. Banyak permainan disediakan dan kerusi dan sofa pon selesa diduduki sementara menunggu giliran.
dibuka setiap hari sampai Ahad kecuali cuti umum. Tak perasan pula timingnya tapi diorang tutup awal sedikit dari Klinik Nooriah dan hari Ahad tu sampai 2pm jer...Klinik Zalinda terletak di tingkat 2. Yang best di Klinik Zalinda ialah suasana kat situ memang happening untuk budak-budak. Banyak permainan disediakan dan kerusi dan sofa pon selesa diduduki sementara menunggu giliran.
Aduyaiii.....geram betol lupa bawak kamera! Jadi tak dapat nak tunjuk pic anak-anak yang sangat gembira bermain dan berjumpa doktor. Alfatih je yang menangis sebab 1st time check gigi. Yang lain ok. Doktor nasihat jangan banyak makan sweets dan rajin-rajin gosok gigi. Tiada masalah banyak pon sebab gigi anak-anak gigi susu dan selagi tak sakit walaupun gigi tu rosak ia akan ok bila tumbuh gigi kekal kelak.
Selesai, kami ke Pizza Hut untuk 'mencekik'....haha memang ter'cekik' poket hubby. Hihi...semua lapar sampai tak terhabis makan. Terpaksa tapau chicken wings yang tak habis...bukan banyak pon, 3 ketul jer. Ahaks :D ...Alhamdulillah pulang naik teksi dan sampai rumah dengan selamat dan happy.
Happy tapi penat jugak la...sempat selelap sesambil menunggu waktu Solat Asar. Ingat lepas solat nak sambung tidur semula, tapi idop ler! Jom layan pic yang shoot kat rumah....
Penat sangat...
Pakat tak berbaju belaka..panas!
Adik tidur dari dalam teksi lagi
Trio - lepas mandi dan solat, baru lepak depan tv tengok kartun di TV9
Addin tampal gigi belah kanan je. Gigi depan atas dia kebanyakan rosak. Malu nak tunjuk tu..hihi
Aman tampal gigi belah kiri
Almustofa gigi dia ok. Tak buat apa pun. Doc cakap mungkin dalam setahun ni gigi akan start gugur sebab dah ada tanda-tanda goyang...
Adik baru bangun tidur, tak mo tunjuk gigi ! Gigi dia jenis gigi Addin, jenis cepat rosak. Sebab ada tompok putih-putih pada gigi tu...Doc nasihat ibu kena rajin cuci/gosok gigi adik :D
0 comments:
Post a Comment