Kerry Cambell: Hilang hak penjagaan anak kerana botox

*Salam sejahtera*

Susulan kisah yang saya terbaca semalam di blog Budak Botak, "Kerry Campbell Cucuk Anaknya Berumur 8 Tahun Dengan Botox " hari ini TMZ.com melaporkan bahawa Kerry hilang kelayakan dan hak penjagaan terhadap anaknya tersebut. 




Sebelum itu, Kerry telah disiasat oleh pihak Perkhidmatan Penjagaan Kanak-kanak (CPS) di San Francisco yang mendapat banyak aduan awam setelah Kerry membuat pengakuan panas bahawa dia telah menyuntik anaknya Britney, 8 tahun dengan botox untuk tujuan memenangi pertandingan kecantikan.

Pihak CPS kini meletakkan Britney di bawah jagaan mereka dan dia dilaporkan baik-baik sahaja. CPS juga dipetik berkata bahawa adalah tidak wajar tindakan seorang ibu menyuntik anaknya dengan botox. 


Britney memberitahu bahawa dia merasa sakit akibat suntikan tetapi ia seolah sudah lali dengan kesakitan tersebut. Kerry pula mengatakan bahawa dia tidak merasakan tindakannya itu suatu isu besar dan membahayakan anaknya. Ini kerana dia sendiri menggunakan botox dan ia adalah selamat!


Kerry juga mengatakan bahawa anaknya sendiri yang meminta disuntik setelah melihat dia membuat suntikan pada wajah. Mmmm ada ke patut?? 

Hurmm...memang padan ibu ini dihukum supaya menjadi pengajaran kepada orang lain dan juga menyedarkan dirinya atas kesalahan yang dilakukan. Dalam suasana masih harum sambutan Hari Ibu, tentunya sikap seorang ibu sebegini menjadi celaan semua orang. Ini tidak bermakna dia bukan ibu yang tidak menyayangi anaknya. Moga dengan hukuman yang diterima dia akan insaf dan berusaha menjadi ibu yang baik di masa depan.... 

Selain TMZ, ABC news juga melaporkan hal yang sama.  Dr. Richard Besser iaitu editor Bahagian Kesihatan dan Perubatan ABC News dipetik berkata, Botox tidak dibenarkan penggunaannya ke atas kanak-kanak bagi tujuan kosmetik. Hatta jika ada mana-mana doktor yang melakukan suntikan sekalipun, lesen doktornya boleh ditarik balik.

Besser berkata lagi, suntikan botox pada kanak-kanak biasanya dilakukan untuk tujuan rawatan mata juling dan neurologikal disorders. Baca lanjut di website ABC News.[link]

Berjuta orang di seluruh dunia mengutuk tindakan Kerry ini. Ada yang merasakan dialah ibu paling bodoh di dunia yang pernah wujud di muka bumi ini. Waduh waduh...Apa pun moga ia menjadi pengajaran buat semua. Pis :)

3 comments:

ZIPPO MILLER said...

Budak yang masih tegang kulitnye diBotoxkan sememangnye tak logik kalo utk kecantikan..Pelik ibu die tu kak..

Aina said...

Sama ada dia kurang ilmu atau dia pentingkan diri sendiri. Nak menang punya pasal sanggup amik risiko kat anak.tak pasal2 dipisahkan dr anak sendiri...

etceli kesian gak pd dia tp harap2 dia insaf dan kes ini menjd pengajaran kat ibubapa yg lain...

Unknown said...

mcm2 kes.. sayang tak bertempat nih...


n3 terbaru kakyong
Suez diary–saya sudah review blog anda!!!
Adakah kerana dia kidal?!!!
Nora Elena–review episod 1 dan 2