Kembali lah semangat yang hilang


*Salam sejahtera*

Petang Jumaat yang indah di AU3...pemandangan di luar tingkap kami menyenangkan hati dan semoga di tempat-tempat anda juga begitu...Harap-harap petang ini tidak hujan. Sudah beberapa hari hujan kerap membasahi bumi Kuala Lumpur. Kain di jemuran anda pula pasti sudah kering agaknya. Bagi kami yang tinggal di rumah pangsa, lambat sikitlah sebab jemur di bawah bumbung, tak semua bahagian kena terik mentari. Kekadang ada pula bau hapak baju basah masih melekat bila sudah kering. Kena sembur Frebreez kot, atau gunakan Downy baru wangi sepanjang minggu...(macam dalam iklan tu kan?)
Hari yang cerah, Subhanallah :)

Cantik kan pemandangan di luar jendela saya-tingkat 10...kelihatan Kilang Texas, AU2

Lately suka publish entry dari isu-isu semasa sahaja. Sudah jarang-jarang juga bercerita perihal anak-anak dan family. Bukan tiada yang menarik, cuma kekadang tiada semangat nak menulis..kepala pun agak tepu dengan macam-macma hal dan pastinya ada yang 'annoy' dengan entry sedemikian. Ada juga membaca di blog-blog semasa blogwalking... Ramai blogger menampilkan isu/cerita semasa yang sama dalam entry mereka... Kalau masuk Innit, boleh lihat ramai blogger yang ping entry tajuk yang lebih kurang jer...Nang pun tak sebanyak nang yang diperolehi oleh blogger otai walaupun tajuk entry adalah sama.

Pada pendapat saya, isu semasa memang mendapat liputan meluas terutama semasa perkawinan diraja Britain dan kematian Osama Bin Laden. Walaupun kebanyakan blogger boleh mendengar berita di radio atau menonton di televisyen, carian terhadap berita dan cerita isu semasa tetap lebat... Mengapa?? Ini kerana tidak semua orang sempat menonton dan mendengar berita. Jadi jangan salahkan blogger menulis seperti wartawan pulak. Yang menariknya, ada blogger 'berjaya' mencuit dengan gaya penulisan tersendiri dan bukan sekadar entry copy semata. Ada pula memberikan respons dan pendapat mereka terhadap sesuatu isu..Salah ke? Baca sini:

Jadi pada saya blogger ini bukan 'hampeh' tetapi 'hebat'.. memang apa yang saya tulis tidak setanding entry mereka walaupun tajuk sama. Walaupun begitu saya pun tidak lah 100% copy, tetapi tetap membaca beberapa sumber sebelum mengutip yang menarik untuk dikongsi. Contohnya kisah si cilik ini....
Saya tertarik dengan jawapan seorang blogger yang mana bila diajukan soalan kononnya dia 'gila traffik' dan mengejar nama. Uit, jawapan dia memang best.." Ya aku memang gila traffik dan kejar nama" - jangan gugel ayat ni sebab telah ditukar bagi menyedapkan cerita..hehe. Ya, blogger itu mengiyakan tetapi dia menyenaraikan alasan-alasan kenapa beliau begitu mengejar traffik. DUIT.

Memang duit bukan segala-galanya. Menulis biar ikhlas. Tetapi kalau dah letak iklan Nuffnang, Heartbeat, Innity dsb di blog itu untuk apa?? tentunya hendak mendapatkan pulangan, atas usaha meletak iklan kan? Jika tidak, baik tak payah letak iklan bagai hanya menambahkan beban blog anda ajer. Baik letak lagu yang korang suka kan...Kalau anda popular tentu bonus untuk ada juga kerana ramai blogger akan berpusu-pusu ke blog membaca entry yang ditulis, follow segmen yang dibuat dll. Kalau tak dikenali siapa nak datang? Cuba baca luahan seorang blogger di sini...[klik sini] atau [sini] dan [sini juga]

Banyak lagi perkara yang kita tak berapa suka di dalam blog orang. Tapi janganlah judge daripada entry dia yang teratas sahaja. Kalau belek-belek arkib baru nampak betapa banyak koleksi tulisan dia yang menarik dan bagus-bagus. Mugkin akan ada perbezaan bila anda masuk ke blog remaja, blog mak orang, blog vip dll. Teguran membina adalah dialu-alukan untuk belog buruk saya ini. Bab header tu memang kena cari orang tolong buatkan since tadek skill nak buat sendiri. Sebenarnya boleh belajar tapi masa pula terhad.

Oklah sekadar pot pet pot pet petang hari...nampak sangat tadek apa nak citerkan. Tapi pliss jangan maki yer, kutuk tak pe. Semoga semangatku yang hilang akan kembali dan idea-idea bagus akan muncul. Ahhaa... :)
Highway DUKE yang bakal sibuksetiap waktu balik kerja atau hujan lebat

2 comments:

ZIPPO MILLER said...

Herm kalo x slah saye...dlm 2 minggu ni akak wat cite isu semase kan? hehehe....

1) View kat umah sedap di tengok..
2) mmg betul...Klao dah Buat Blog siap letak iklan ...mane nak dtg ikhlasnye kan hahahha...

Ape2 pon kalo Berblogging x nak duit masyuk sikit mcm x kene je..

Senang cite...Ber Blogging dengan Keikhlasan suare hati...Betul x kak?

alamak...panjang la Pulak ayat sy ni kak

Aina said...

hi zippo,

thanx singgah bace dan menconteng.

setiap orang ada pendapat mereka sendiri dan citarasa berbeza. dengan perbezaan inilah barulah meriah dunia...haha

blogging dengan ikhlas suara hati? cemana tu?kalau kita ikhlas org salah tafsir gak...kalau suara hati terpesong, merapulah jadinya..hehe

suka bace pengalaman zippo naik gunung:)