*Salam sejahtera*
Alhamdulillah hari ini Almustofa beraksi di sukaneka Tadika Ummu Ain. Bertempat di padang permainan perumahan AU2, sukaneka berlangsung dengan simple tetapi meriah.
Suasana hari bermula dengan cuaca yang mendung dan hujan selepas Subuh. Dalam hati risau juga macam mana nak bersukan dalam cuaca macam tu? Padang pula mesti becak. Sambil menanti jam 8 pagi, saya mengejut anak-anak mandi dan menggoreng nugget sebagai bekalan ke padang dan juga sarapan pagi buat yang tinggal di rumah. Apabila siap semua, saya cuba menelefon teksi tetapi tiada berjawab. Saya menjenguk tinggap, melihat masihkah ada renyai hujan di luar. Jam sudah 8.30 pagi. Lantas saya membawa sahaja '2 AL' keluar rumah untuk mendapat teksi dari tepi jalan.
Syukur, sebaik keluar rumah, hujan renyai juga sudah berhenti. Mentari mulai mencelikkan 'mata'nya untuk kami. Tak lama menunggu, teksi tiba dan kami sampai di padang sebaik elok sukan hendak memulakan acara. Panas juga mula melebarkan wilayahnya..