Sel kanser hati [credit]
“SAMPAI hari, dia meninggal dunia. Ayah tidak tahu dia menghidap kanser. Kami adik-beradik sepakat tidak mahu beritahu ayah mengenai penyakitnya. Bukan sengaja mahu merahsiakannya, tetapi ayah lemah semangat, kami bimbang nanti dia putus asa.
“Saya rasa kerana tidak tahu itulah dia dapat bertahan selama enam tahun, berbanding tempoh yang dijangkakan doktor iaitu hanya enam bulan. Doktor sendiri terkejut dengan prestasi ayah. Namun saya akui, ayah memang patuh dan tidak pernah membantah jika disuruh makan ubat,” kata Supuleechumy Velu, 40, bercerita mengenai mendiang ayahnya yang meninggal dunia akibat kanser perut.
Ketika ayahnya disahkan menghidap kanser, anak bongsu daripada 11 beradik itu berusia 24 tahun dan bertugas sebagai jururawat. Meskipun setiap hari berdepan dengan pesakit kanser, tetapi dia sukar menerima hakikat apabila ayahnya sendiri diserang penyakit berkenaan.
“Saya terkejut dan benar-benar tidak sangka kerana ayah jarang sakit. Kanser itu membuatkan perut ayah jadi lebih besar. Doktor mengesahkan kanser ayah berada pada peringkat kedua dan agak teruk. Selama sebulan saya menangis terutama setiap kali bersendirian.
Itulah kisah seorang anak kepada penghidap kaser. Ada macam-macam kisah dalam hidup setiap orang. Bagi saya sendiri, nenek dan nenek saudara saya sendiri meninggal kerana kaser. Mengingati mereka, mengigatkan juga diri saya mungkinkah suatu hari saya juga akan menghadapinya??
Kanser boleh disebabkan oleh keturunan. Namun, kebanyakkan darinya ia disebabkan pemakanan dan faktor sekeliling terutama cara hidup amalan kita. Kagum dengan ketabahan mereka, namun dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...
Sambung lagi kisah Supuleechumy:
Selalunya saya menangis di tempat kerja.
“Namun depan ayah dan adik-beradik lain, saya cuba berlagak tenang dan kuat. Saya tidak boleh menangis di depan mereka kerana ia akan melemahkan semangat seisi keluarga. Oleh kerana saya seorang saja yang terbabit dalam bidang perubatan, jadi saya sepatutnya lebih faham mengenai penyakit ayah dan tahu apa yang perlu dilakukan.
“Rakan sekerja banyak memberi perangsang dan semangat pada saya. Kata-kata mereka menyedarkan saya bahawa saya perlu bangkit dan segera bawa ayah mendapatkan rawatan. Saya bersyukur, semua adik-beradik saling membantu terutama dari segi kewangan,” katanya lagi.
Malah ibunya turut memberikan kerjasama dan tidak pernah menitiskan air mata di depan suami. Mujur juga ayahnya tidak perlu menjalani rawatan kemoterapi atau radioterapi, hanya diberikan ubat makan. Jadi Supuleechumy memastikan ayahnya mengambil ubat setiap hari mengikut jadual yang ditetapkan doktor.
Setiap bulan, ayahnya dibawa menjalani pemeriksaan imbasan CT. Anehnya, ayahnya juga tidak banyak soal walaupun terpaksa berulang ke hospital. Memang dia pernah bertanya mengenai penyakitnya, tetapi Supuleechumy mengatakan ia masalah kesihatan ‘biasa’ dan boleh sembuh dengan makan ubat.
“Ada orang berkata kami perlu memberitahu ayah perkara sebenar. Tetapi kami ragu-ragu. Kakak ipar saya contohnya menghidap kanser otak yang sudah merebak ke paru-paru dan ovari, terus putus asa untuk hidup apabila mengetahui penyakitnya. Dia jadi murung dan sepanjang berada di hospital, dia tidak mahu langsung bertemu anak-anaknya.
“Puas kami menasihati dia supaya menguatkan semangat demi anak-anak, tetapi tidak diendahkan. Berulang kali dia kata, dia tiada harapan untuk hidup. Sebulan selepas penyakitnya dikesan, dia meninggal dunia tanpa anak di sisi. Bayangkan sedihnya perasaan kedua-dua anaknya kerana selepas sebulan berpisah, mereka hanya dapat melihat wajah ibu ketika dia sudah tiada,” ujar Supuleechumy.
Selepas ayah dan kakak ipar, ibu mentuanya pula didapati mengalami tanda prakanser payudara. Tidak mahu pisang berbuah dua kali, mereka sepakat membawa ibu menjalani pembedahan pembuangan payudara untuk mengelakkan berlaku kanser yang menakutkan wanita itu.
“Ibu mentua saya juga tidak kisah walaupun sebelah payudaranya dibuang kerana baginya kesihatan lebih penting. Syukur, kini sudah tujuh tahun ibu mentua saya bebas daripada kanser,” katanya tersenyum.
Ada lagi kisah lain. Baca kat sini ye...
Teringat satu program di tv, Prof Muhaya ditanyakan soalan berkenaan kanser. Adakah kanser disebabkan oleh tekanan (stress) ?
Jawapan beliau, tiada bukti saintifik mengatakan stress ialah punca kanser. Namun, menerusi kajian, kebanyakan penghidap kanser memang mengalami stress dalam hidup mereka.
Yang penting ialah, sentiasa hidup dengan berfikiran positif dan ceria. Buktinya, pengidap kanser mampu bebas dari penyakit mereka hasil minda yang positif, hidup gembira dan sentiasa di dalam sokongan ahli keluarga dan yang tersayang.
0 comments:
Post a Comment