JEJAK KASIH: 5 yang MENARIK


Ini bukan segmen. JEJAK KASIH ialah aktiviti blogwalking akak ke blog-blog yang pernah akak follow mereka tapi sudah berkurun tak singgah. Bahkan, ada singgah sekali je untuk jadi follower, lepas tu dah tak follow entri mereka. Begitu sebaliknya.

Cuma di kesempatan yang ada tetapi kebuntuan idea untuk menulis, elok juga akak menjejak kasih, lalu kongsikan apa yang menarik di blog mereka. Manalah tahu, ada yang sudi ikut jejak akak ke blog mereka juga.

Untuk permulaan ini, akak ingin kongsikan 5 blog yang akak kategorikan sebagai MENARIK. Apa yang menarik hati akak, diharapkan memuaskan hati korang juga.



Gambar di atas menunjukkan gunting tumpul dan beberapa helai daun. Daun tersebut akan digunakan oleh Kak Jee untuk menajamkan guntingnya yang telah dibeli selama 4 tahun. Hemmm berjasa sungguh gunting tu. Kak Jee masih mahu menggunakannya walaupun sudah tumpul. Sedangkan,gunting tumpul itu boleh diganti dengan yang baharu sahaja. Jadi, silakan ke Dapur Kak Jee untuk menyaksikan apakah jenis daun di atas dan bagaimana ia mampu menajamkan gunting yang tumpul.

Blog Kak Jee antara blog fevret Kak Aina sebab Kak Jee atau nama sebenarnya Fauziah Samad adalah bekas wartawan. Jadi entrinya memang tak bosan dibaca. Tambahan pula, akak sejak kecil memang peminat beliau sejak lakonannya sebagai Mona di dalam sitcom Santan Berlada.


Tak perlu lagi diperkenalkan pemilik nama Mazidul ini. Dia wartawan tv terkenal dan kini juga aktif bergerak di alam maya. Dengan paparan berita tentang isu semasa, permasalahan rakyat jelata, isu-isu terpencil di dalam dan luar bandar dsb termasuk cerita aktiviti paranormal melengkapkan laman mayanya.
"Tanpa kelulusan dalam bidang penyiaran, saya memulakan kerjaya sebagai Wartawan Kadet. Dalam tempoh 2 tahun saya dinaikkan status ke Wartawan Penyiaran Eksekutif. Biarpun dalam tempoh agak lama, saya diberikan kepercayaan menjadi Penerbit dan kemudian Penerbit Eksekutif. 
Saya percaya, jika tampan dan jelita sekalipun, tanpa minat dan pengorbanan, pengacara tidak mampu melangkah jauh. 
Cuma pada pandangan saya, pengacara televisyen harus sedap dipandang dek mata, bijak dan petah berbicara, jika mereka tampan dan jelita, ciri itu saya anggap sebagai bonus sahaja. 
Lebih menarik jika setiap pengacara memiliki 'character' unik dibina di dalam diri mereka dan jelas pada pandangan penonton. 
Kita harus ingat, manusia benci jika bentuk tubuh dihina kerana tubuh itu anugerah Allah. Saya tidak pernah meminta dilahirkan gemuk tetapi dilahirkan sebegitu oleh ibu. 
Justeru, molek andai komen dilontarkan mereka ternama, sedikit berlapik. Renung kembali kaedah orang dahulu berkomunikasi ... 
Contohnya, ada 2 cara untuk menerangkan mengenai warna hitam kulit seseorang, pertama hitam macam bontot kuali, kedua hitam manis. Biarpun kedua kenyataan itu berkaitan hitam namun kesannya berbeza jika ditujukan kepada seseorang tambahan pula apabila dipaparkan di televisyen. "

Nak tahu Tuan Mazidul mengomel pasal apa? Baca kat sini ok.


 

Ok, dua pic kat atas ni tiada kena mengena dengan Puan Stoberi ye. Bukan gambar Puan Stoberi dan bukan juga anak atau adik beliau. Kalau sesiapa menonton filem Kuch Kuch Hota Hai hari ni di slot Panggung Sabtu TV3 semalam, pasti dapat meneka siapa mereka di atas. Sebuah filem lakonan Datuk SRK, Rani dan Kajol yang menggamit memori peminat filem hindustan suatu ketika dulu. Bahkan, KKHH juga mencetuskan fenomena SRK di Malaysia. Baca cerita memori Puan Stoberi kat sini.

"Lu rasa ini duit ada halal ka .. mana tahu ada orang sudah pegang benda haram pegang ini duit ... ini duit datang dari jual itu barang punya ..." tanya si apek yang membuatkan si wanita terkedu.
Sumber Asal: Halal Dan Haram | Bila Apek Tua Persoalkan Hukum | HASRULHASSAN.COM™ Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial

Jangan lupa membaca kisah penuh apek tua yang mempersoalkan hukum kepada seorang pelanggan wanita. Klik je pada link di sumber asal di atas.

Seorang isteri yang sedang hamil lima bulan bertemu dengan saya, inginkan penjelasan tentang status dirinya yang terkini. Menurut si isteri, suaminya terlibat dalam hubungan dengan wanita yang bekerja di rumah urut. Dah banyak kali menegur sikap dan perbuatan si suami dan si suami pula, dah banyak kali berjanji untuk menamatkan hubungan tersebut tetapi janji hanya tinggal janji. Hinggalah pada satu malam, si isteri yang amat tertekan dicampur rasa sedih yang amat sangat, meminta suami berjanji, takkan berjumpa atau telefon atau jawab telefon perempuan tu lagi. Jika suami engkar, akan jatuh talak satu kepadanya (si isteri). Kata-kata isteri diakui oleh suami dan suami melafazkan, ya lah, abang janji… 
Tidak sampai sebulan selepas perjanjian tersebut, si isteri dapat bukti, si suami ada menghubungi perempuan rumah urut tersebut malah beberapa kali si suami menerima panggilan daripada si perempuan. Bila diluah kepada si suami tentang perjanjian yang pernah dibuat, si suami menegaskan, perjanjian tersebut dilafaz oleh isteri dan suami cuma akui maka ia bukanlah takliq dan tidak jatuh talak. Rasa sangsi dengan jawapan suami, si isteri mengadakan temujanji bersemuka dengan saya.

Entri di atas petikan kupasan beliau berkenaan permasalahan isteri bertaklik: sah atau tidak? Elok juga kita yang tiada masalah rumahtangga atau belum berkahwin mengambil tahu dan menambah ilmu tentang takliq ini. 

Berikut profile Puan Suzana:

Foto Saya
*Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie *Kolumnis tetap Resipi Hidup Mingguan Wanita, Dilema Perkahwinan Pa&Ma dan Cermin Diri Kosmo! *Aktif memberikan ceramah dan kursus berkaitan *Panel jemputan di RTM, Media Prima dan Astro *Berpengalaman mengendalikan kes-kes rumahtangga sejak 1998

Baca sini.

Ok untuk hari ini. Akan menyusul lagi 5 blog lain. Insha Allah akak suba jejak satu persatu blog yang pernah akak follow itu.

2 comments:

Anonymous said...

fuyoo rajinnya

Aina said...

Lama tak blogwalking tina :)