Gadis Kelantan come lote























Ni bukan nak bergossip, tapi nak cakap cantik kan si gadis ni. Orang Kelantan, semua 'come lote' kan? Alhamdulillah kurniaan Allah semua. Walaupun bukan semua, kebanyakan yang akak jumpa sama ada masa di sekolah, kolej, universiti, bekerja, dan dekat sekitar tempat tinggal akak ni mesti cun lah semuanya. 

Maaflah, kalau ada yang tak bersetuju.

Teringat perbualan akak dengan Dr. Wan Kamariah. Dia seorang doktor di Setiawangsa. Selepas check up anak, dia bercerita zaman kecilnya kalau balik kampung mesti semua mak-mak saudara sibuk suruh tidur di rumah mereka. Jadi, setiap orang ada gilirannya. Masa bercerita itulah keluar slang Kelantannya.

"Doktor asal mana ye?" akak bertanya.

"Pasir Mas" jawabnya.

"Oooo patutlah.......orang Pasir Mas ni lawa-lawa kan?" 

"Ye ke?" tanya dia.

"Kebanyakan yang saya jumpalah doktor".

"A'ah betul tu...ada kajian....."Tiba-tiba pembantunya, seorang doktor muda, barangkali doktor pelatih atau baru grad menyampuk.

Kebetulan masa tu, akak dah nak keluar. Jadi tak dapat dengar apa hujah seterusnya.

Suratan atau kebetulan, memang orang Kelantan itu cantik. Ditambah pula dengan budi bahasa dan keperibadian yang molek, maka bertambahlah aura kecantikannya. Kalau muka sahaja cantik, tapi keperibadiannya tak cantik, tak berguna juga. Akhirnya, keperibadian itu yang menambat hati orang sekeliling.

KAK AINA: Entri ni pasal wanita Kelantan sahaja. Tak kena mengena dengan lelaki Kelantan. Orang bukan Kelantan jangan marah ye. Ramai juga orang Sabah, Johor, Kedah, Pahang dll yang cantik-cantik....Cantik itu subjektif. Lain orang, lain pandangan matanya dan berbeza pendapatnya.


1 comments:

Sya_Merpati Putih 88 said...

majority org pasir mas kelantan memang cantik-cantik dan coeml lotey belaka...