JEJAK KASIH: 5 yang MENYELERAKAN


Kalau cakap pasal menyelerakan, pasti ramai dapat mengagak ia blog masakan. Bagi Kak Aina, kalau tak tahu nak masak apa dalam satu hari tu, mesti jengah dapur-dapur mereka untuk cari idea untuk memasak. Nama-nama seperti Che Mat Gebu, Kak Hanieliza dll sudah pastinya tidak perlu diperkenalkan lagi. Mana taknya, Kak Liza sudah ada buku masakan dan CMG sampai gambar masakannya kena ciplak dek majalah masakan. Femes deme kan?

Oklah, terlalu ramai sudah blogger masakan yang wujud. Malah setiap orang mesti ada blogger kesukaan masing-masing. Kesukaan yang bagaimana tu ye? Walaupun resepi masakan lebih kurang sama, tapi stail penulisan yang berbeza, presentation setiap masakan berbeza (gambar yang dipaparkan+deco hidangan) dll, bergantung kepada pandangan masing-masing.

Contoh kat entri ini. Gambar Nasi Goreng Kampung masakan Kak Aina tidak menarik pun berbanding Nasi Goreng Kampung CMG.

Memandangkan mode pagi ni lapar dan mahu makan sarapan, akak akan tampilkan resepi dari 5 blog yang boleh dicuba masak untuk bersarapan pagi ini. Walaupun ada sesetengah blog ini bukan 100% tentang masakan tapi resepi dapur mereka juga boleh kita cuba.



Ini ialah Pizza Roti  hasil kreativiti Kak Jun. Resepi dia ni mudah aje, susun-susun bahan atas roti dan bakar. Nak tahu macam mana sila klik link untuk ke dapur Kak Jun.

Kak Jun,
Happy belated birthday ye. Haritu ada ternampak kat muka buku Mat P. Semoga Allah murahkan rejeki akak sekeluarga dan berbahagia dunia akhirat.


 
Cucur Ikan Bilis (kiri) dan Cucur Kembung Opah (kanan)

Jujurnya, akak terasa sangat terliur dengan cucur si Tina ni. Terutama yang belah kanan tu. Cucur cicah dengan sambal sardin. Huih kecur air aliur weh. Nasib tak meleleh. Nasib aje rumah Tina jauh dari rumah Kak Aina, kalau tak mau aje ketuk tingkap dapur mintak sikit. Hahaha tak malu kan. 

Ok gurau aje. Kalau terliur juga, jangan malu-malu silalah ketuk tingkap dapur Tina untuk minta resepi cucur dari dia.


Paling menarik kat Blog Kak CT ni ialah presentation masakan dia sangat sangat cun.


Kreatif bukan? Maaf ye Kak CT, gambar ni saya ambil dari Google image. Kalau tak silap ia ialah sambal ayam yang dimasak dengan udang kering. Lain dari lain tu. Nak cuba? Sila klik gambar untuk ke dapur Kak CT ok.


Ini ialah blog Kak An. Ada pelbagai jenis masakan dan paling Kak Aina suka ialah kepelbagaian jenis resepi ikan
Klik gambar untuk lihat resepi. Cantik mata ikan tu. Kalau Kak Aina yang masak, mahu tersembul matanya keluar. Heheee....



Dummy? Macam-macam si Eny ni. Bakal pengantin ni boleh tahan juga masakannya. Mungkin mewarisi kepandaian memasak dari ibunya. Betul dok? 

Kalau di kampung Kak Aina, dahulu kala gulai nangka ni orang buat makan masa kenduri kendara termasuklah kenduri kahwin. Sekarang dah jarang. Mungkin susah nak dapatkan stok nangka yang mencukupi untuk masak sekawah. Kalau makan sekeluarga tu cukuplah. Kalau nak masak gulai nangka, beli aja nangka di pasar raya atau pekan sehari (pasar tani). Insha Allah ada jual. Kemudian, masuk blog Eny untuk dapatkan cara-cara nak masak gulai nangka okeh.

Buat Eny, selamat menyiapkan persiapan perkahwinan awak ye...

Boleh tak nak tayang 1 lagi gambar masakan? 


Asam pedas daging dengan kentang. Tergoda tak? Inilah hasil air tangan Kak Jee. Jangan cakap wartawan tak reti memasak. Haaa asal namanya perempuan, WAJIB pandai masak. Bukan setakat tahu masak, tapi kena pandai.

KAK AINA: Setiap gambar akak kreditkan kepada pemilik blog asal. Harap tiada masalah lah ye...

2 comments:

Hans Hanis said...

mak aihhh
tgok gambo2 nih terus lapar jadinya

P/S : Nak Minta Tolong Bantu Hans Menang iPad 2

http://hanspunyablog.blogspot.com/2012/02/pusingan-akhir-contest-gadget-impian.html

sabree hussin said...

gambar2 tu je dah nampak sedap