Hari ini ada sekolah ganti sempena CNY yang lalu. Anak akak si Luqman tak nak ke sekolah sebab katanya cikgu cakap "kalau tak datang pun tak pe". Sebab kedua, dia sebenarnya nak ikuti sesi latihan bola sepak petang ni.
Biar apapun sebab dia, Luqman WAJIB HADIR ke sekolah petang ini.
Tadi bersms dengan Mas, ibu kawan 1 sekolah Luqman, Dina namanya. Dina juga tidak mahu ke sekolah sebab cikgunya beritahu "kalau ibu bapa ada hal lain, tak nak datang pun tak pe". Wah.. apa lagi, ia menjadi alasan Dina untuk membodek ibunya supaya dia tidak perlu pergi ke sekolah.
Point kat sini, kami sebagai ibu cukup tak berpuas hati sebab seorang guru boleh meluahkan kata-kata sebegitu kepada anak murid. Sepatutnya mereka menggalakkan anak-anak rajin ke sekolah lebih-lebih lagi pada hari bersekolah ganti. Hal sebaliknya, saya dan Mas terpaksa memujuk anak-anak kami ke sekolah hari ini.
Untuk pengetahuan, Luqman dan Dina kelas lain-lain. Jadi, 2 orang cikgu yang bercakap demikian. Cikgu di kelas lain tak tahulah cakap ke tak benda yang sama. Seolah-olah mereka malas nak mengajar dan terpaksa rela diri hadir pada hari Sabtu untuk sekolah ganti.
KAK AINA: Cikgu pun manusia biasa. Kalau malas sekalipun janganlah cakap dengan murid-murid, kan?
KAK AINA: Cikgu pun manusia biasa. Kalau malas sekalipun janganlah cakap dengan murid-murid, kan?
3 comments:
cikgu pun dah macam student U pulak sekarang ni.. kalau rasa macam nak datang sila datang.. kalau tak nak pun tak pe..
macam pelik pulak bunyi nya bila cikgu sendiri kata macam tu
Saya pun boleh dikira cikgu la gakkan walaupun ajar org besar hehe... Kehadiran lagila flexible berbanding kat sekolah kan... Tapi camna malas pun, yg penting syllabus kena habis, credit hours kena cover... Kalau dah habis syllabus pun & dlm hati malas sekalipun tak pernahlah cakap camtu ngan student... Paling2 pun negotiate jerla kalau students semua request utk habiskan kelas awal. Kerja tu kan amanah ;)....
Sabree, Nonie;
Sebenarnya akak tak berapa nak percaya pada anak akak aje sebab kita dengar sebelah pihak. tapi bila cikgu kelas kawan dia pun ada cakap mcm tu jugak, mungkin ada benarnya.
kita selalu cakap, budak2 tak reti menipu.tapi dalam masa yg sama anak2 yg meningkat umur pun dah belajar menipu untuk melepaskan diri mereka.so, ibu bapa kena hati2 bila mendenagr cerita anak.kemudian siasat betul ke tak.kan?
Post a Comment