Sepertimana dilaporkan di dalam media-media hiburan, Shila dan Sharnaz sentiasa ditemani ibu atau adik beradiknya sekali. Even nak berdating sekalipun mereka takkan berdua-duaan. Syukurlah, Sharnaz pun selesa juga bila awek keluar bawa bodyguard.
Haha..korang macam mana? Ke ada yang mengeluh sebab kena keluar belanja lebih pulak? Yelah nak belanja awek satu hal, campur pulak yang lain-lain....aduhai geleng kepala.
Sebenarnya, baguslah macam itukan? Bak kata dalam bait-bait lagu Jangan Berpacaran;
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa [Altimet]
Namun, tak semua orang selesa berteman bila pergi dating. Nanti serba tak kena pula kan? Tak pun tak mau ada yang kacau daun. Kononnyalah kan.... Tak pun sebab sengkek nanti nak kena belanja lebih bajet pulak....dan macam-macam lagilah sebabnya.
Yang elok ialah biar berteman. Jangan berdua-duan. Tak manis dan boleh mengelakkan perkara tak baik berlaku. Insha Allah.
KAK AINA: Pic Shila dan Sharnaz diambil di Jusco AU2 semasa Pancaindera, Utusan buat pelancaran akhbar sisipan berwajah baru, baru-baru ini. Sebelah Shila tu emak dia.
0 comments:
Post a Comment