Sekat segera hadis palsu: Mufti
Oleh Syuhada Choo Abdullah dan Norakmah Mat Youb bhnews@bharian.com.my2012/02/20
Langkah elak Islam digambar agama tak konsisten dalam prinsip amalan
KUALA LUMPUR: Tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak yang menyebarkan hadis palsu, yang semakin menular di kalangan pengguna Internet bagi menjaga kesucian Islam.Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, berkata tindakan itu perlu disegerakan bagi mengelak Islam digambarkan sebagai agama yang rumit dan tidak konsisten dalam prinsip amalannya."Lambakan hadis palsu yang mudah diakses menerusi laman sosial Facebook dan blog boleh menyebabkan kesucian Islam dicemari dengan perkara tidak masuk akal dan tidak benar," katanya selepas menghadiri perbincangan bertajuk 1Malaysia dan Penghayatan Islam pada Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan di sini, semalam.
Juanda berkata, jika mahu menggalakkan orang hidup beragama, galakkan mereka mengikuti ajaran yang diajar Nabi Muhammad SAW iaitu agama mudah serta membentuk nilai kejiwaan tinggi.
"Kita mahu umat Islam membuat sesuatu yang mereka tahu akan tindakan berkenaan. Setiap langkah mereka difahami dan menjurus kepada kebaikan di samping menguatkan jati diri," katanya.
Dalam isu berkaitan, Juanda mahu penulis maya menjadi kumpulan pendesak selain mata dan telinga kerajaan bagi memastikan semua dasar dilaksanakan dengan sebaiknya demi kepentingan rakyat.
Beliau berkata, bagaimanapun, golongan itu perlu menghindari sikap mengampu, sebaliknya menjadi kumpulan pendesak yang jujur dengan idea bernas serta mempunyai fakta tepat.
"Kumpulan pendesak itu perlu berhujah menggunakan fakta benar supaya pandangan mereka dapat diterima dengan baik. Mereka juga berupaya menjadi pendesak yang kuat kepada kerajaan.
“Namun, mereka perlu menyusun gerakannya supaya lebih teratur dan dapat mempengaruhi orang ramai mengenai agenda mahu dibawa dan dilaksanakan berlandaskan fakta benar," katanya. KUALA LUMPUR: Tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak yang menyebarkan hadis palsu, yang semakin menular di kalangan pengguna Internet bagi menjaga kesucian Islam.Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, berkata tindakan itu perlu disegerakan bagi mengelak Islam digambarkan sebagai agama yang rumit dan tidak konsisten dalam prinsip amalannya."Lambakan hadis palsu yang mudah diakses menerusi laman sosial Facebook dan blog boleh menyebabkan kesucian Islam dicemari dengan perkara tidak masuk akal dan tidak benar," katanya selepas menghadiri perbincangan bertajuk 1Malaysia dan Penghayatan Islam pada Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan di sini, semalam.
Juanda berkata, jika mahu menggalakkan orang hidup beragama, galakkan mereka mengikuti ajaran yang diajar Nabi Muhammad SAW iaitu agama mudah serta membentuk nilai kejiwaan tinggi.
"Kita mahu umat Islam membuat sesuatu yang mereka tahu akan tindakan berkenaan. Setiap langkah mereka difahami dan menjurus kepada kebaikan di samping menguatkan jati diri," katanya.
Dalam isu berkaitan, Juanda mahu penulis maya menjadi kumpulan pendesak selain mata dan telinga kerajaan bagi memastikan semua dasar dilaksanakan dengan sebaiknya demi kepentingan rakyat.
Beliau berkata, bagaimanapun, golongan itu perlu menghindari sikap mengampu, sebaliknya menjadi kumpulan pendesak yang jujur dengan idea bernas serta mempunyai fakta tepat.
"Kumpulan pendesak itu perlu berhujah menggunakan fakta benar supaya pandangan mereka dapat diterima dengan baik. Mereka juga berupaya menjadi pendesak yang kuat kepada kerajaan.
“Namun, mereka perlu menyusun gerakannya supaya lebih teratur dan dapat mempengaruhi orang ramai mengenai agenda mahu dibawa dan dilaksanakan berlandaskan fakta benar," katanya. [SUMBER]
Sebagai orang yang kurang ilmu dan termasuk kategori jahil, kita jangan sewenang-wenang terima 100% hadis dari orang yang berlagak 'alim' atau 'tahu agama' yang meletakkan hadis tanpa sunmber sahih atau memberitahu sanat hadis tersebut. Mentang-mentang bab agama, kebanyakan kita suka retweet, share dan forward kepada orang lain dengan tujuan yang baik untuk berkongsi ilmu.
Bahayanya, jika hadis tersebut termasuk dalam kategori palsu, bayangkan akibatnya kepada masyarakat Islam dan agak-agak dapat tak saham dosa kat kita?
Bagaimana nak tahu ia palsu / sahih?
Kalau tak dapat pastikan semasa mendengar / membaca dari orang tersebut atau penyebar hadis tersebut, sila tanyakan direct. Jika mereka juga tak dapat memperincikan sumber jangan 100% terima. Salin hadis tersebut dan bertanyalah pada yang lebih alim.
Insha Allah dengan cara itu, kita sebenarnya juga belajar dan dapat menimba ilmu.
Begitulah serba sedikit nasihat deejay Pian.
Jangan lupa dengarkan IKIM.fm setiap pagi untuk mendapat ilmu dan pengisian rohani kita.
Rujuk Facebook IKIM.FM untuk merujuk perkongsian dan pendapat orang ramai tentang topik ini.
1 comments:
haa betul, sekarang ramai betul org share mcm2, kekadang kita dgr je terus nak share tanpa tau kesahihannya
Post a Comment