Cinta dalam botol kicap

Google image
Persoalan cinta memang rumit. Rumit ke? Ada yang bercinta bagai nak rak, tetapi akhirnya berkahwin dengan orang lain. Ada yang berkahwin, namun rumahtangga tidak sampai hujung nyawa. Bahkan ada yang berkahwin hanya selama 24 jam. Jadi, benarlah persoalan cinta itu rumit bukan?

Bercinta, pasti kesudahan yang bahagia ialah perkahwinan yang kekal abadi. Ada juga yang trauma dengan perceraian dan menjadikan hidup bersekedudukan tanpa nikah sebagai kebahagiaan yang diimpikan. Mereka tidak terikat pada satu hubungan dan bebas melakukan apa sahaja. 

Anak berderet dah, kahwin je belum. Ini pun cinta ke? >Google image

Cinta dan pengorbanan juga saling dikaitkan. Namun, berkorban harus pada orang yang tepat dan jika sebaliknya, sia-sialah semua pengorbanan yang dicurahkan. Mungkinkah semua ini terjadi disebabkan kekeliruan membezakan antara cinta, minat dan suka terhadap seseorang? Baca sini

Cinta dalam botol kicap

Tahun 1971. Seorang suami yang sangat menyintai isterinya telah menuliskan sekeping nota cinta, lalu memasukkannya ke dalam botol. Ia dicampakkan ke Lautan Pasifik. Sepuluh tahun kemudian botol itu ditemui di pantai Guam. Terjemahan nota itu berbunyi begini.
Tatkala surat ini sampai kepadamu, aku mungkin sudah tua dan beruban. Bagaimanapun, ketahuilah bahawa cintaku masih tetap segar seperti hari ini. Ia mungkin mengambil masa seminggu atau beberapa tahun untuk surat ini sampai kepadamu. Jika surat ini tidak pernah sampai kepadamu, percayalah yang ia tetap tertulis di hatiku yang aku sangat menyintai dirimu. Suamimu, Bob.
Wanita yang tercatat namanya dalam nota itu akhirnya berjaya dihubungi oleh seseorang menerusi telefon. Nota itu dibacakan kepadanya.
Apakah reaksi wanita tadi?
Dengan marah, wanita itu akhirnya berkata: "Kami sudah bercerai." Dia lalu menghempaskan telefonnya.
Begitulah tragisnya cerita sebuah hubungan. Tidak semua cinta berakhir dengan kebahagiaan. [sumber]

KAK AINA: Masalah dalam hubungan juga menyumbang kepada masalah penyakit mental. Baca sini.

1 comments:

sabree hussin said...

kisah cinta dari barat walaupun nampak menarik perjalanannya, tapi itu semua bukan cinta yang sebenarnya ..

memang lain sangat2 dengan cinta islamic style