Nasi Goreng Kampung Boboiboy



Nasi Goreng Kampung Boboiboy
Alkisahnya bermula....

"Hari ni ibu nak masak nasi goreng kampung Boboiboy!" Beritahu akak pada anak-anak.

Aman, Almustofa, Salahuddin dan Alfatih semua datang dekat ibu. Masing-masing nak tengok ibu masak nasi goreng kampung 'Boboiboy', nama diberi ala-ala gitu:)

Cara:

1 - kupas bawang merah, bawang putih

2 - tumbuk lada dan bawang-bawang mannually di dalam lesung batu 

3 - tumis dengan minyak di dalam kuali

4 - masukkan ikan bilis goreng dan telur scramble. Letak kicap manis dan garam

5. Angkat dan hidang

"Dalam Boboiboy tu, Gopal dia ada selipar. Kenapa dia letak selipar ibu?" Tanya Salahuddin.

"Eh takkan Gopal masak nasi goreng kampung campur selipar pulak?" pelik akak mendengar pertanyaan Salahuddin.

"Itu cerita je, bukan betul-betul."Akak beritahu dia supaya tidak terpengaruh.

"oooo" jawab Addin sambil senyum.

Kemudian, akak teringat yang Gopal ada kuasa menukarkan barang menjadi makanan. Mungkin itu lah maksud dia. Gopal menukarkan selipar menjadi nasi goreng kampung.

"Ibu tak letak selipar. Nasi goreng kampung kita gunakan ikan bilis." Baritahu akak.

Puas duk meng'gula-gula'kan hati anak akhirnya mereka makan sampai habis. Kalau tidak, masa masak nasi goreng dia minta nasi putih atau mee goreng. Kalau time masak yang lain tu, dia minta nasi goreng.  Memang nak kena gigit telinga masing-masing tu...:P

Kalau tidak kerana nama 'Nasi Goreng Kampung Boboiboy', mesti payah nak makan. Kemudian, kena dipaksa makan pula. Kalau tak makan, tak boleh main game! Kali ni, Alhamdulillah....

Thanks Boboiboy:)

Untuk kelainan boleh cuba resepi mereka juga!

P1280275

0 comments: