Warkah buat Epah

Mohamad Solehhuddin
Kelmarin mak dan abah datang. Alhamdulillah dapat juga melepas rindu kepada mereka. Kunjungan yang secara tiba-tiba itu sangat menyenangkan hati. Ia tidaklah mengejutkan, kerana abah memang suka buat surprise.

"Kalau bagitahu, tak jadi datang nanti tak bestlah pulak." Itu alasan abah setiap kalinya.

Pernah sekali dia buat surprise, tiada sesiapa di rumah. Saya sekeluarga berada di luar KL. Makanya terpaksalah dia menunggu di bawah apartmen sementara kami pulang. Kasihan mak dan abah. Mak cuma berkata, "Tak apalah....." Mak memang baik. Selalu menyenangkan hati saya yang sedih.

"Ada apa datang KL. Ada checkup kat hospital ke?" Tanya saya pada mak sebaik dia masuk ke rumah.

"Tak lah, hantar Tam" jawabnya sambil tersenyum manis.

"La, ye ke. Ingat bulan depan daftar."Kata saya.

Rupa-rupanya mereka menghantar adik saya mendaftar masuk maktab. Sungguh tak sangka, bersusah payah mereka datang ke KL semata-mata meraikan adik saya yang sudah berkeluarga itu. Yelah, pasti suaminya boleh hantar, tapi keduanya sanggup turun KL untuk serta dalam rombongan Cik Kiah ke Cheras itu. Terasa dalam hati bahawa mak dan abah sangat bangga dengan kejayaan Tam hari ini. Masakan tidak, dialah bakal cikgu terlatih yang pertama dalam keluarga kami.

Tam adik saya. Adik perempuan saya yang sudah punya anak 2. Umur juga sudah 30-an tahun ini. Sepatutnya dalam usia begini, dia sudah bisa goyang kaki di kerusi ofis makan gaji. Namun, tekad dan keazamannya untuk belajar amat tinggi. Syukur, pada permohonannya yang pertama terus diterima mengikuti program KPLI-JQaf.

Perjalanan yang Tam lalui bukan mudah. Sangat-sangat lama. Beliau pernah merantau mencari ilmu sampai ke Mesir. Kemudian menyambung ijazah pengajian di tanah air atas sebab-sebab tertentu. Namun, segala cabaran tidak melemahkan semangatnya. Walaupun, pernah seketika terbit juga kekecewaan dalam hati terhadap dirinya, namun jauh dalam hati saya, saya sangat irihati padanya sebab semangat dia sangat besar...sangat besar walaupun dia rendah aje orangnya. Heheee...

Hanya pada tahun lepas dia berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazahnya. Dalam tempoh pengajian itu, dia sudah beranak dua. Pengorbanan suami yang menjaga anak dan hubungan jarak jauh yang sangat jauh (Alor Setar-KL) akhirnya berbaloi.

Abah dan Ngah yang paling banyak membebel pada Tam. Walaupun Tam terima ia sebagai nasihat dan telan pahit manisnya seorang diri, Alhamdulillah kini dah nampak kan hasilnya? Ngah yakin itu ialah atas redha seorang suami dan doa emak yang dimakbulkan Allah. 

"Tolong doakan akak ye..."Itulah ayat keramat setiap kali menjelang peperiksaan. Tam akan menelefon semua orang untuk mohon doa restu.

Tam, teruskan belajar. Teruskanlah belajar sampai ke hujung nyawa. Jangan jadi macam Ngah. Mungkin di mata orang Ngah tak berjaya di dunia, tapi harapan Ngah akan berjaya di akhirat kelak. Mungkin ia kedengaran macam alasan bagi orang yang tiada keazaman. Namun, biarlah orang-orang di luar sana terus berkata-kata asalkan dalam hati hanya kita dan Allah yang tahu.

Tam, hari ni hari lahir awak kan. Happy Birthday ok. Semoga Allah permudahkan setiap langkah Tam mencari ilmu. Moga setiap langkah Tam Dia berikan rahmah dan restu. Tahniah dari Ngah. Ngah sebenarnya sangat cemburu pada awak. Biarpun tak pernah kot meluahkan di mulut, Ngah sayang awak dunia sampai akhirat. Moga awak berbahagia selalu dan akan berjaya menjadi ustazah suatu hari nanti. Insha Allah.

KAK AINA: Sambil belajar, sambil berniaga ye. Rajin adikku. Sesiapa berminat nak beli baju muslimah sila follow muka buku Tam kat sini

2 comments:

CikGu onie@kakLoNG said...

berkongsi kejayaan akak sepupuku walaupun bezanya cuma setahun....Alhamdulillah susah payah yang digalas selama ini berbaloi setelah diterima sebagai warga IPIK...tempat dimana alg juga mencari ilmu sehingga berjaya dengan cemerlangnya di sana...hopefully kak tam pun begitu...sama2 kita gred nanti ok... ibu bapa mana tak bangga, kakak mana tak gembira datas kejayaan adiknya.... InsyaALLAH kaktam akan berjaya menjadi Ustazah suatu hari nanti.... InsyaALLAH...

Aina said...

Insya Allah:)