PETALING JAYA: Bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor akan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang doktor pakar.
Malek berkata, majlis pernikahannya dengan ibu kepada lima orang anak itu akan diadakan secara sederhana di rumah keluarga perempuan di Kota Baharu, Kelantan pada 12 Mac depan.
Majlis resepsi perkahwinan pula akan diadakan sehari selepas itu di Hotel Renaissance, Kota Baharu.
Menurut Malek, dia amat bersyukur ketika berusia 56 tahun, Allah menemukan jodohnya dengan seorang wanita yang benar-benar mengambil berat terhadapnya selain bersifat penyayang.
“Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana membuka pintu hati saya untuk berkahwin dan menemukan saya dengan wanita yang benar-benar baik untuk dijadikan seorang isteri,” katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.
Malek yang masih mahu merahsiakan identiti wanita tersebut berkata, dia mengenali doktor berkenaan yang bekerja di sebuah hospital swasta dekat sini sejak empat bulan lalu ketika membincangkan urusan perniagaan. [selanjutnya baca sini...]
Bagi sesiapa yang menonton rancangan Nona di TV3, 2 minggu lepas pasti sudah tahu siapakah bakal isteri beliau. Dalam rancangan tersebut Datuk Malek ditemuramah oleh Neelofa ada menyebut nama doktor pakar tersebut. Beliau turut berkongsi kisah dan bibit perkenalan dengan bakal isterinya.
Nona sekarang dihoskan oleh Farah Fauzana secara giliran dengan Neelofa. Hemm...Agak bagus juga mereka berdua sebagai pengacara Nona. Aura Neelofa memang menjadi. Manakala Farah Fauzana yang 'havoc' di konti Hot FM juga menjadi sangat ayu di dalam rancangan majalah kewanitaan itu. Moga, Nona akan terus maju jaya di bawah kendalian dua wanita ini:)
Alhamdulillah tumpang gembira untuk bakal pengantin, Datuk Malek Noor dan Doktor Wan A. Itulah namanya jodoh. Istilah bujang terlajak, andartu atau andalusia dsb hanya mainan bibir manusia. Allah jua menentukan segalanya. Satu lagi penghijrahan akan dilalui oleh Datuk Malek Noor, iaitu menjadi seorang suami. Semoga perkahwinan mereka kekal ke syurga. Amin.
KAK AINA: Bulan Mac ni cuti sekolah seminggu. Ramailah orang nak kahwin dan bertunang termasuklah adinda iparku. Semoga dipermudahkan semua urusan.
0 comments:
Post a Comment