Fakta tentang kanser


Sekadar berkongsi tentang fakta mengenai kanser. Sumber dari sini.

Fakta mengenai kanser (WHO)
  • Ada lebih 100 jenis kanser. Kanser boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan.
  • Kanser boleh berlaku pada sesiapa saja, tanpa mengira peringkat umur, kedudukan atau keturunan.
  • Pada 2008, seramai 7.6 juta orang meninggal dunia akibat kanser. Ini adalah 13 peratus daripada jumlah kematian keseluruhan di dunia.
  • Hampir 70 peratus kematian akibat kanser berlaku di negara berpendapatan sederhana dan rendah.
  • Di seluruh dunia, lima jenis kanser yang paling banyak menyebabkan kematian ialah kanser paru-paru, perut, hati, usus dan esofagus.
  • Di seluruh dunia, lima jenis kanser yang paling banyak mengakibatkan kematian pada wanita ialah kanser payudara, paru-paru, perut, usus dan pangkal rahim. Kanser yang paling lazim di negara membangun ialah kanser pangkal rahim.
  • Merokok adalah punca kanser paling utama di dunia yang menyebab-kan 22 peratus kematian (akibat kanser).
  • Satu per lima daripada keseluruhan kes kanser di dunia disebabkan jangkitan kronik contohnya virus human papilloma (HPV) yang mengakibatkan kanser pangkal rahim dan virus hepatitis B - penyebab kanser hati.
  • Kanser yang lazim berlaku seperti kanser payudara, pangkal rahim dan usus boleh disembuhkan jika dikesan awal dan diberikan rawatan sewajarnya.
  • Semua pesakit yang memerlukan ubat tahan sakit boleh dibantu jika pengetahuan mengenai kawalan kesakitan dan penjagaan paliatif digunakan sebagai pelengkap rawatan.
  • Lebih 30 peratus kanser boleh dicegah dengan tidak merokok, mengamalkan pemakanan sihat, menjalani hidup yang aktif dan bersederhana dalam pengambilan alkohol. Di negara membangun, 20 peratus kematian akibat kanser boleh dicegah melalui imunisasi bagi melindungi daripada jangkitan virus hepatitis B dan virus human papilloma.

2 comments:

Terbang Bersamaku said...

penyakit kanser nei kena kesan awal, sebab ia penyakit yg bahya..kalau lagi lama, lagi banyak lah yg dah merebak jadi lagi bahaya...

pesakit kanser mmg kena kuat semangat dan kena tabah...org keliling kena bagi diorg semangat...


~mak sy pun salah seorang pesakit kanser stage 4~

Aina said...

Ramai pesakit yg telah pulih sepenuhnya. Hopefully mak awak pun sama juga.Thanks berkongsi cerita kat akak:)