Tahukah anda?

Tahu tak ini ape?

Itu lah rokok daun atau rokok gulung yang dibuat daripada daun pucuk nipah. Ahha..aku pun baru tahu asal kejadiannya. Ingat dibuat dari daun apa..

Aku mengenali rokok gulung ni pasal abah aku ialah perokok tegar. Macam-macam jenis rokok yang aku pernah tengok dia hisap dari zaman aku kecik sampai dah jadi mak orang ni. Alhamdulillah macam mana pun, aku bersyukur sangat kerana pada usia 63 tahun dia masih sehat walafiat walaupun dia semacam menyembunyikan penyakit-penyakit yang kian datang menjengah apabila usia meningkat.

Fakta yang tidak dapat ditolak tentang rokok ialah, walau apa pun jenis rokok, batang rokok atau sebagainya ia tetap MERBAHAYA. Menurut pakar tembakau, terdapat 2 jenis bahan kimia penyebab kanser paru-paru yang terkandung di dalam tembakau dengan memberi efek yang hampir sama bagi kedua jenis rokok ini (rokok nipah/biasa). Atas kebenaran (fakta) tersebut, perokok-perokok tidak boleh menganggap bahawa hisap rokok murah (rokok daun) akan dapat mengurangkan risiko menyedut toksik ke dalam badan(paru-paru).

Aku berharap sangat abah aku dapat berhenti jadi perokok. Tapi dah tua-tua ni susah katanya (atau dia sendiri tak nak berhenti??entahlah). Bila dah kahwin, syukur sangat sebab hubby tak merokok. Naik kereta pun nyaman sangat rasanya.

Sebut pasal rokok daun ni nak tahu tak macam mana susahnya orang yang mencari rezeki dengan membuat rokok nipah ni. Pendapatan pun bukan banyak mana pun tapi kecekalan mereka mencari rezeki sangat mengagumkan. Baca di Kosmo Online ok.

1 comments:

Unknown said...

dlm sesuatu yang tidak elok,ada sedikit kebaikan didalamnya...