Purata enam bayi hasil perhubungan luar nikah lahir di negara ini bagi setiap sejam hasil perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam tempoh tiga tahun mulai 2008.
Perkara itu yang didedahkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim turut menunjukkan seramai 152,182 bayi tidak sah taraf telah didaftar di JPN pada 2008 hingga 2010.
“Itu angka yang didaftarkan, mungkin ramai lagi bayi yang tidak didaftarkan kita tidak tahu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melawat Pertubuhan Kebajikan Baitul Fiqh di sini semalam.Turut hadir ialah Yang Dipertua rumah kebajikan itu, Juhaidi Yean Abdullah.
Kata Mashitah lagi, purata dalam setahun seramai 50,727 bayi tidak sah taraf dilahirkan manakala dalam sebulan seramai 4,227 dan sehari adalah 141 bayi. [sumber]
Menakutkan! Sangat menakutkan.
Kalau kita menelusuri jalan-jalan bandar, banyak pasangan muda mudi yang sahih bukan pasangan suami isteri (kerana usia sangat muda) berjalan berpimpin tangan, berpelukan dan yang tak malu tu boleh buat adengan romantis ala-ala kebaratan di depan umum. Apatah lagi kalau berdua-duaan di tempat sunyi dan mendatangkan perasaan kuch kuch hota hai tahap maksimum.
Di tempat kami aje, berdekatan pusat tuisyen, para remaja tidak segan silu bergaul dan bertepuk tanpar sesama lain jantina. Di parking kereta di apartmen pula ramai menjadikannya tempat berdating di waktu petang hari. Walaupun tidak melakukan maksiat (zina) dan hanya berbual, tak salah kalau dikatakan itu langkah pertama ke tahap yang lebih proaktif dalam hubungan lelaki-perempuan.
Siapa kata tak salah?
Nak bercinta boleh. Naluri manusia ingin disayangi. Nak salahkan anak-anak 100% juga tak patut dan kalau disalahkan ibu bapa sepenuhnya juga tidak boleh. Ada cara dan aturan yang boleh diikuti, iaitu ajaran Islam.
Habis tu kenapa ada anak imam/ustaz yang mengandung luar nikah?
Ajaran Islam itu sempurna. Kalau mengamalkannya Insha Allah selamat dunia akhirat. Ustaz/imam juga manusia biasa. Tidak sempurna. Hatta ada kalangan nabi-nabi terdahulu yang anak isteri mereka tidak patuh pada ajaran nabi dan Allah. Iman itu tidak diwarisi.
Sebagai ibu bapa, ketakutan dan kebimbangan tidak dapat dielakkan. Apatahlagi saya yang mempunyai anak lelaki yang ramai. Pastinya tanggungjawab itu lebih berat kerana mereka bakal ketua dan pemimpin masa depan. Tidak kepada negara tetapi kepada keluarga mereka sendiri.
Oleh itu hanya kepada Allah kita sentiasa bermohon pertolongan dan perlindungan dari segala malapetaka dan dosa maksiat.
Maksudnya:
Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri-isteri kami, dan keturunan kami sebagai penyejuk hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. [Doa dipetik dari ayat 74 surah Alfurqan]
2 comments:
risaukan... lagi2 kita pun ada anak2 dara... memang kena berdoa banyak2 semoga Allah melindungi mereka...
Insha Allah Nonie..
Post a Comment