Mandi untuk hilangkan stress

PESAKIT pneumonia antara yang tidak digalakkan untuk mandi malam.

Mandi memang menyeronokkan, menyegarkan dan memberi saat yang menyenangkan. Kalau dapat mandi sungai lagi best kan?

Mandilah cara mana pun; mandi di sungai, laut, mandi di tab mandi, pancuran dll asalkan namanya mandi. Pastikan bersabun dan gosok semua bekas kotoran dan daki dibadan. Wow, harum dan menyegarkan. Masakan tidak stress pun hilang kan?

Adakah anda suka mandi malam? Kalau masa kecik dulu, abah akak mesti marah kalau anak-anak mandi malam hari. Kalau dah pukul 7 ke atas, kami di larang mandi. Sejuk dada katanya. Risau kelak akan mendapat penyakit. 

"Hari ni yelah sehat, nanti tua esok banyak penyakit" katanya.

Sekarang akak pula berjangkit penyakit leternya itu...

"Dah malam jangan mandi!" itu pesan pada anak-anak. 

Tapi, kalau anak balik sekolah pun dah pukul 7 lebih, nak tak nak terpaksa benarkan dia mandi juga.

Menurut kajian perubatan, tiada bukti saintifik mengaitkan mandi malam akan mendatangkan pelbagai penyakit. Bahkan, mandi menghindari kita dari penyakit disebabkan badan yang kotor. Mandi itu juga, mampu menenangkan diri dan menghilangkan stress.

Kebaikan mandi
Menurut Dr. Anies Tan, air mandian suam boleh membuka liang-liang roma badan dan membantu menghilangkan toksin.
"Mandi dengan air hangat boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus berfungsi dengan baik. Tapi kalau anda sedang mengalami stres, mandi dengan air sejuk kerana ia boleh membantu.
Katanya, negara ini mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab sepanjang tahun, oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan sebenarnya.
"Lainlah kalau anda menghidapi pneumonia dan tinggal di negara yang mempunyai iklim musim sejuk.
"Amalan mandi adalah penting bagi gaya hidup sihat. Di hospital juga, mana-mana pesakit yang boleh berjalan dan boleh mandi, memang kami galakkan mandi." kata beliau sambil menegaskan tujuan mandi dan memakai pelembab adalah juga untuk memulihkan kulit kering.
Pengamal perubatan Hassan Saidin menerangkan, mandi adalah kaedah baik bagi merilekskan otot badan.
"Setelah bekerja sehari suntuk, otak dan badan anda perlukan rehat. Mandi pada malam hari (sebelum tidur) boleh membantu mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi.
"Terdapat banyak salah faham tentang isu mandi pada waktu malam kerana ramai orang berpendapat ia lebih banyak mudarat daripada kebaikan termasuk mendatangkan penyakit," katanya.
Persoalannya, kenapakah orang tua-tua mengatakan mandi malam tidak baik?
"Masyarakat dulu menggunakan perigi dan sungai untuk mandi. Untuk pergi ke perigi dan sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana gelap gelita mungkin mengundang pelbagai bahaya seperti dari binatang berbisa dan juga bahaya di sungai. Mungkin sebab itulah orang tua melarang kita dari mandi waktu malam.
"Kini kita semakin maju dan punya kemudahan yang jauh lebih baik. Bagi mereka yang pulang malam, eloklah bersihkan badan terlebih dahulu sebelum ke tempat tidur," kata beliau. - Bernama
Baca selanjutnya mitos tentang mandi malam kat sini. 

0 comments: