Agak lambat, tapi nak entrikan juga kejadian ini.
Satu, satu kejadian mati lemas berlaku di Kuantan. Kali ni bukan di Pantai Teluk Sepat lagi, tapi di sebuah pantai lain di Kampung Cherating. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul ujian Ilahi. Walaupun berat, sesungguhnya Allah lebih tahu setakat mana kemampuan hamba-Nya untuk menerima ujian. Pahit getir kehilangan orang tersayang sangat memilukan. Hatta kita yang melihat dari media massa ni pun sudah bergenang airmata, apatah lagi si ibu dan isteri tersebut yang kehilangan suami dan anak-anaknya,
Kisah mereka dekat sini. Tak sampai hati nak menampal gambar.
Video di bawah ni ialah rakaman kamera murahan Kak Aina di pantai Port Dickson suatu ketika dulu. Video ini memaparkan pencarian pasukan penyelamat terhadap seorang remaja perempuan yang ditarik ombak ke tengah laut ketika mandi manda bersama keluarganya.
Saat kami tiba di situ, hanya baru beberapa minit remaja tersebut hilang dari pandangan. Meremang roma tatkala diberitahukan oleh seorang kakak yang juga menonton kejadian.
KAK AINA: Takziah buat keluarga Puan Norsaharlizam Osman dari Kuala Krau Temerloh, yang kehilangan 2 anak lelaki dan juga suaminya Lans Koperal Mohd. Asri Kamis. Alfatihah.
4 comments:
daripada rakaman video kak Aina ni, tak ada lah nampak macam ombak besar sangat dekat PD masa tu ..
Mungkin sbb tu deme berani mandi manda kat situ.katanya ada 2 org kena tarik ke tengah laut tp hanya seorg sempat ditarik semula ke pantai.yg seorg tu mmg hilang terus...
Kemalangan tak berbau....
oo di kat PD yer....saye duduk seremban..dan jarang sangat2 mandi laut kat PD
sebab tu masa saya kecil keluarga saya memang tak bagi langsung mandi dekat laut nih....
kesian pada keluarga terbabit
P/S : Nak Minta Tolong Bantu Hans Menang iPad 2
http://hanspunyablog.blogspot.com/2012/02/pusingan-akhir-contest-gadget-impian.html
Post a Comment