Kerja, gaji untuk diri sendiri, khidmat untuk masyarakat

Kelmarin semasa membeli laksa di gerai makan berdekatan rumah, nampaklah beberapa pekerja sedang melakukan pemotongan dahan pokok di tepi jalan. Seriau juga melihat mereka bekerja begitu. Menyabung nyawa jugalah walaupun tidak setinggi mereka yang bekerja membersihkan tingkap bangunan KLCC, memasang bendera di Dataran Merdeka dll.

Kak Aina ni memang gayat orangnya. Sebab itu tak berani naik roller coster. Apapun, terima kasih kepada pekerja am yang bertugas membersih yang kotor, memegang benda busuk, membahayakan nyawa dll yang kebanyakan professional tak sanggup nak buat. Kalau kita tak sanggup nak menyapu sampah di jalanan atau mengangkat sampah berair lagi berbau busuk, janganlah kita ni menghina orang lain yang tolong kita itu dan berkhidmat untuk masyarakat.

Memang lah itu tugas mereka, tapi setiap orang ada tanggungjawab moral terhadap orang lain juga di dalam masyarakat. Seandainya tiada mereka yang berhati tulus dan cekal itu, maka payah juga hidup kita kan? Jangan banyak komplen tetapi saling memahami dan bekerjasama. 

Kalau dahan-dahan pokok di atas tu tak dipotong, sudah tentu akhirnya akan menghempap kereta-kereta yang parking di bahagian bawah kan? Kalau ditebang terus pokok tu tak boleh juga, sebab ia memberi teduhan kepada kereta lain yang di parking di bawahnya. Bukan kah itu namanya nikmat buat kita manusia? Setiap benda hidup ada guna kepada benda hidup yang lain.

Sayangi alam sekitar:)

0 comments: