Ustazah Pilihan: cabaran besar

*Salam Sejahtera*

Bulan lepas adik saya sibuk bertanya macam mana jalan nak ke Pusat Islam. Katanya dia nak pergi tempat ujibakat Ustazah pilihan. Mak oii..terkujat betol akak, adik aku nak jadi ustazah pulak ke??? 

"nak buka booth kat sanalah" hehe tersenyum sumbing akak lepas dia jawab macam tu. Aiseh...orang keroje sales marketing ni asal ada peluang baik je mesti nak kejar.

"Ustazah pilihan???hemmm nak tiru Imam mudalah tu"fikir benak saya. 

Berita hari ini.....

KUALA LUMPUR: Pengurus Saluran Astro Oasis, Hj Izelan Basar mengakui penerbitan program pencarian terbaru Astro Oasis iaitu Ustazah Pilihan (UP) adalah lebih sukar dan mencabar berbanding Imam Muda (IM) sebelum ini.
Menurutnya, selain berdepan cabaran untuk menyenarai pendekkan 10 peserta program itu, UP turut mencabar daripada aspek penerbitan kerana ia melibatkan isu aurat dan penampilan muslimah di dalam televisyen. 
"Saya akui penghasilan program UP ini jauh lebih mencabar dan rumit berbanding IM. Memandangkan ia melibatkan kaum wanita, secara tidak langsung kita juga perlu peka dengan isu aurat, penampilan dan kemunculan peserta di televisyen.
"Kita akan cuba elakkan paparan sepenuhnya tubuh para peserta atau mungkin paparan separuh badan bagi benar-benar menjaga kandungan dan pengisian program ini agar bersesuaian dengan syariat dan hukum.
"Namun saya percaya jika setiap benda yang mencabar dan sukar itu dapat dilaksanakan, ia akan memberikan impak yang besar," katanya yang ditemui pada majlis memperkenalkan barisan pengajar dan pengacara program berkenaan di Hilton KL Sentral, di sini, Isnin. [baca lagi...]
Barisan peneraju Ustazah Pilihan, mursyidah Zawiah Hassan dan Dr Muhaya Hj Hamad, mudirah Dr Robiah K Hamzah dan pengacara Siti Rohani Surani. - Foto oleh M. AZHAR ARIF

*I like deejay Ct tu. Sore best, orangnya pon cun. Dr. Robiah jadi mudir?oo bagus sesuai jugak. I like..heee tapi rumah ai tak de Astro. boikot astro! Soooo soorylah tak dapek nak nonton kelak:P

3 comments:

Hans Hanis said...

skrg ustazah pilihan plak

Unknown said...

bile kuar? x twu dpt tgk ke x t.. :(

KamilSalleh said...

Salam..... singgah di sini kerna tersesat tempat nak dituju. Apapun satu perkongsian info yang menarik.