Alquran

*Salam Sejahtera*

Hari ini hari turunnya Alquran (Nuzululquran). 17 Ramadhan. 

Tadi sempat tengok slot 'Fikrah Ramadhan' dalam MHI, di mana jemputannya ialah Ustazah Asni Alhafizah. Topik perbincangan soal hati dan dihubungkaitkan dengan puasa dan nuzul Alquran. Saya share sikit ye apa ustazah cakap tadi..

Mengaji tapi baca tak betul tajwid berdosa.
Betul tetapi, kita kena juga mengaji walaupun baca tergagap-gagap. Orang yang berusaha baca itu akan mendapat dua pahala iaitu pahala sebab membaca dan pahala belajar.

So, nampak tak, walaupun tak pandai kena baca juga tapi ada syaratnya kena BELAJAR (cari guru).

Kenapa orang baca tak betul tu dapat pahala juga?

Di sebalik amal baiknya, Allah juga memandang hatinya. Kesungguhan untuk belajar itu pahalanya lebih besar berbanding orang mengajar.

Ustazah bercerita tentang Bilal Bin Rabah. Semua orang tahu dia muazzin kan? Suaranya merdu hingga orang dah tak memandang dah akan warna kulitnya yang hitam legam. Menurut ustazah, Bilal ni menyebut huruf  'syim' agak pelat sikit sebab di aorang Habsyi. Kemudian ada sahabat yang mengadu kepada Rasullullah. Tetapi nabi cakap Allah tak pandang pada sebutan itu sebab apa yang Allah dengar sebutannya ialah betul. kenapa? kerana Bilal mempunyai hati yang sangat bersih. Hinggakan nabi ada bersabda bahawasanya baginda terdengar derap bunyi kaki Bilal di dalam syurga. Padahal Bilal masih hidup ketika itu....

Begitulah serba sedikit....Kesimpulannya kita mesti baca Alquran supaya bila kita sentiasa dekat dengan Alquran, Allah juga akan dekat dengan kita. Selain itu rahmat Allah juga akan mudah sampai dan kita mendapat kehidupan yang lebih baik di dunia sampai akhirat. Bila kita rapat dengan Alquran juga hati kita akan sentiasa bersih. Hati bersih, akhlak pun baik juga....Insha Allah. 

Wallahu'aklam.....

*pssst: Subhanallah....Masyaallah.....kerdilnya kita ni kan? Kalau saya tersilap bagitahu ek. Kot lah saya silap dengar dan salah tulis.

1 comments:

Encik JI said...

sdangkn nabi pn pada asalnya xtaw membaca satu huruf pun. :)

kurg2 kita ni ada inisiatif untuk mmbca alQuran, berbnding orang yg xpnh nk mencuba tuk membacanya.

yelakn, mana ad orang kluar2 je dr rahim ibu, tros pndai baca qUran.