Aku yang cuai

*Salam Sejahtera*

Semenjak kehilangan henfon minggu sebelum puasa tu, sampai sekarang masih belum dijumpai. Haih, ralat sangat sebenarnya sebab kerap sangat bermasalah dengan henfon. Rosak la..hilang la...rosak la...betul...tak tipu!

Aku yang cuai?

Ya, saya sedar henfon tu bukan barang mainan. Tapi bila tengok anak seronok main games di dalam tu dari nak marah bertukar jadi suka pulak sebab kecik-kecik dah pandai tekan cari  menu 'Games'...Hmmmm hamek kau, bila anak terdail nombor orang mana-mana baru padan muka. Bila anak rosakkan, dabel padan muka. Bila hilang pulak, dabel triple padan muka haku ler!

Aku yang cuai?

Semalam baca entri di blog Puan seksiritari. Siapa lagi kalau bukan Puan Mas Saari. Dia tulis pasal burger yang dia beli kat Mc D kurang 1. Dah balik baru kesedaran. Bila nak tuntut semula tak dapat...Baca sini>>Kecuaian sendiri atau pelayan tu?
Nak jadi ceritanya petang semalam saya beli KFC. Dalam banyak-banyak tu saya pesan juga quater chicken dan cheezy wedges 2. Dengan penuh keyakinan saya take away dari konter sambil tersenyum membayangkan balik nanti sukanya anak-anakku berbuka puasa dengan ayam seketul sorang. Alhamdulillah sebaik keluar pintu saya teringat kes Mas. Saya pun check semula sama ada quater chicken tu ada atau tak. Bila tengok ada lega....berhati-hatilah kononya tu:)

Sampai rumah seelok-elok nak berhidang. Alamak cheezy wedges tak de. Puas selongkar plastik Jusco sekali kot-kot wedges tu jatuh ke ape ke...sangat tak logik tempat dicari Menangislah ai tanpa airmata memikirkan 2 kotak wedges yang tak de tu. Almustofa cukup gemar makan cheezy wedges. Sekotak dia sorang je makan. Malah tak cukup, mintak pula dari orang lain. Kesian dia....

"Tak pelah bukan rezeki. Niat je bersedekah. Biar budak situ makan. Sedekah je" ucap Encik Mat P.

Mendengar dia sebut perkataan sedekah tu, sejuk hati...hopefully, ada yang makan. Jangan dibuang atau biar kebasian sudah la...

Aku yang cuai?

Ya, aku yang cuai. Cuai untuk bersedekah. Eh, kalau cam tu ikhlas ke namanya? Dapat pahala tak? 


So, ini pengajaran buat korang ye. Please double check sebelom keluar. Kecualilah  kalau korang pun nak bersedekah:P


Celcom Blue Cube?


Pasal phone, nampak gayanya kena cari masa untuk mendaftar simkad baru kat Celcom. Adoi nak menapak ke Jalan TR la pulak. Ke boleh settle je kat blue cube ek? kalau buat simkad baru kat blue cube cepat tak boleh akses? Ada sesiapa pernah buat kat sana? 


Etceli, kalau boleh settle kat blue cube, ingat nak pegi Wangsa Walk je..dekat sikit. Sambil boleh cuci-cuci mata kat situ. Hehehehehe..:) niat songsang sokmo

1 comments:

sakurasue said...

wah kene amik pgjrn ni.. always double check! :)