MAHAL: didorong sikap pengguna mewah berbelanja?

*Salam Sejahtera*

Kemeriahan bazar Ramadhan sikit pun tidak tergugat walaupun ada berita  kematian disebabkan makanan dari bazar. 

"Ah tu bazar lain, ni bazar lain"

"Insha Allah kat sini makanannya bersih.."

dan bermacam-macam lagi jawapan...

Kita kekadang take for granted bila nak buat sesuatu yang kita suka. Penafian untuk memenangkan diri sendiri dan menyenangkan hati sendiri.

Oklah, tajuk di atas dirujuk. Itu pandangan yang disuarakan persatuan pengguna kat tv berita 1.30 semalam. Betul ke? Korang rasa makanan bazar mahal ke?

Akak baru sekali pergi ke bazar dan tak dapat nak justify kecuali kalau orang tu pergi ke beberapa bazar setiap hari dan berlainan bazar dan melihat sendiri perbezaan harga setiap makanan yang dijual di sana. Namun ada benarnya kot pendapat itu.

Penjual mengambil kesempatan?


Bagi yang mampu membeli yakni berpendapatan tinggi makanan yang mahal tiada masalah bagi mereka. Mereka tetap akan membeli walaupun pada harga yang mereka tahu ia kurang wajar diletakkan. Sikap sebeginilah yang dikatakan menyebabkan peniaga tanpa rasa bersalah meletakkan harga yang mahal terhadap makanan mereka. Bagi yang mahu berjimat mungkin boleh memasak sendiri. Persoalannya ialah ramai yang bekerja tidak sempat untuk memasak dan terpaksa membeli makanan di luar rumah.

Jika pada hari biasa mereka boleh memasak, tetapi di bulan Ramadhan sebaik habis berbuka masing-masing dah nak bersiap-siap untuk ke masjid bersolat terawih. Kalau macam tu berbuka di masjid lagi jimat kot? Soalan timbul lagi....kalau yang bujangan oklah kot tetapi kalau yang berkeluarga susahlah sikit. 

Bagi pihak peniaga pula, kenaikan barangan masakini mungkin menjadi faktor mereka meletakkan harga tinggi. Bagi mereka ia sudah sangat berpatutan. Jadi tidak timbul soal mereka nak mengaut untung lebih terhadap pelanggan. 

Berbalik kepada tajuk, saya rasa ada benarnya pandangan oleh persatuan pengguna. Jika tiada pengguna/pembeli maka tiadalah bazar Ramadhan yang 'hidup' sampai ke hari ini. Bagi penjual, selagi ada pembeli makan mereka akan terus menjual. Jual pada harga yang sama.  Cuma kepada peniaga diharapkan sikap lebih bertanggungjawab terutama di sudut menjaga kebersihan dan kesihatan pembeli. Jangan dijual makanan yang sudah dijual pada hari sebelum. Biarpun tak habis atau tidak laku lebih baik disedekahkan ke masjid sebagai moreh pada hari yang sama. Di samping berniaga, korang bersedekah. Untung dunia dapat dan untung akhirat berlipat ganda. Tu kalau elok lagi, kalau dah tak elok janganlah nak disedekah juga. Nanti sakit perot orang ...

Bagi pihak pengguna/pembeli pula, tidak salah untuk membeli dan berbelanja di bazar Ramadhan tetapi berpada-pada. Nafsu ketika lapar memang sukar dijangka lebih-lebih lagi bila melihat kepelbagaian makanan sedap di depan mata. rancanglah belanja supaya tidak boros dan membazir. Biarpun berkemampuan tetapi jika dapat berjimat itu lebih baik kepada semua. 

*pssst:Encik Mat P dulu selalu berbuka kat masjid sebab tak sempat nak balik rumah dari ofis. Lepas terawih baru balik rumah. Hari-hari macam tu kecuali cuti. Ai bukak poser sorang-sorang je kat rumah masa tu...sedey tau.Tu cerita masa anak kecik. Now Alhamdulillah dah ada yang temankan:D

0 comments: