Mcam-macam kes nak raya ni

*Salam sejahtera*

Bulan Ramadhan memang banyak dugaan. Macam-macam cerita menyentap hati, minda, akal dan kalau tak menimbulkan kesedaran dan keinsafan di hati kita memang sampai bila-bila susahlah nak updet momentem diri kita kepada lebih baik. Transformasi diri paling bagus ialah di bulan Ramadhan. Kenapa? Sebab bulan ini kita mendapat sokongan ALLAH TAALA dari pelbagai sudut  untuk berbuat kebaikan....

Samun  dan bunuh

Tahun lepas ada kes ustazah dan anaknya yang dibunuh jiran semata untuk menyamun. Akhirnya lelaki tersebut dah dihukum ke tali gantung. Beberapa hari lepas ada lagi kes yang sama. Samun bunuh. Onar jiran juga....Jadi berhati-hatilah bila tiba hari malam. Kunci pagar elok-elok terutama kalau tinggal bersendirian. Kalau boleh sediakanlah 'sesuatu' untuk mempertahankan diri di dalam rumah. Betul kita tak tahu bila malang nak terjadi tetapi sekurang-kurangnya sediakan payung sebelum hujan. Kes wanita di kerat-kerat 15 dan anaknya dibunuh dan disumbat dalam beg tu dah dikenalpasti. Tunggu keluarga verify baru polis nak umumkan...kesian kan? Turut menyentap citer anak luar nikah yang lahir songsang. Mak dia gi tarik kepala sampai tercabut. Sadis betol:(

Kemalangan maut

Bab ini memang selalu terjadi. Belum Ops sikap bermula, statistik juga dah naik.  Cuma nak ceritanya, kejadian yang berlaku menjelang raya menyebabkan sedih tu terlebih sikit. Yalah nanti beraya tanpa orang kesayangan di sisi...Bagi akak tahun  ini kali ke 2 beraya tanpa kereta, tetapi Alhamdulillah sebab kami masih ada di antara satu sama lain...Insha Allah. Kereta boleh dicari tapi nyawa paling utama...

Isu halal - haram

Macam-macam. Tak perlu akak list down satu persatu. Dalam bulan inilah nampaknya kita boleh melatih diri, untuk berjimat dari makan di luar, beli barang keperluan sahaja, ikut kemampuan dan memilih yang suci bersih berbanding perkara meragukan...Jangan lupa kap-ba-ro-kap-alip-ta-nun:D

Saya tertarik satu komen sahabat di kotak komen;

Blogger nonie said...

ada hikmahnya terjadi perkara2 sebegini, menguji keimanan kita utk lebih berhati2 sewaktu berbelanja... boleh berjimat cermat, buat kuih sendiri kat rumah. Kadang2 bila timbul isu sebegini ada peniaga/pengguna yang cuba tutup sebelah mata terus je consume lagi2 kalau dah terbeli @ terbuat kuih dengan butter tu... yerla kan ke mahal, rugi tu nak buang... apapun, tepuk dada tanya iman...
Ya, tepuk dada tanya iman kita...Jawapannya lemah sangat sangat. Honestly, saya ni kekadang terbeli barang tak de logo halal tapi sayang nak buang gunelah jugak. Contohnya agar-agar. Payah nak jumpa yang ada logo halal jakim tu. At last buat justifikasi sendiri yang agar-agar tu Insha Allah halal...


Cemana nak meningkatkan keimanan kita ye? Bacalah kat sini. Moga kita sama-sama mendapat panduan......

5 (Lima) Perkara yang Dapat Meningkatkan Iman Seseorang

2 comments:

Unknown said...

erk.smpai tercabut kepala? kejam nye mak dia.. lainla kalau x sengaja.. =..='

Aina said...

budak pompuan tu beranak sorang2.kalau songsang kepala kan kluar last.tu yg terdesak sangat main tarik je kot..