Macam mana nak tahu kek/kuih/biskut yang di pasaran sekarang menggunakan Golden Churn Creamery Butter atau tak?

*Salam Sejahtera*

Sebagaimana umum sedia maklum, butter jenis Golden Churn Creamery TIDAK HALAL. Ini berikutan kandungannya SAHIH mengandungi DNA BABI. Maaf guna perkataan bermula 'b' dan bukan 'k' sebab nak menunjukkan tersangat beratnya situasi ni. Walaupun arahan sudah dikeluarkan supaya pembuat kek dan pengeluar menarik balik segala produk yang dikeluarkan menggunakan butter HARAM namun sejauh mana telusnya tindakan mereka itu? 

Malah ada yang telah mengesahkan bahawa telah berbuat demikian. Pihak berkenaan juga mengumumkan produk mereka di pasaran kini telah bebas dari penggunaan butter. Alhamdulillah tetapi bagaimana kita nak tahu tentang produk  yang lain? bukankah sepatutnya pengeluar lain mesti membuat pengumuman yang sama juga?

KUCHING: Presiden Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS), Rabiah Amit memberi jaminan orang ramai tidak perlu bimbang status halal kek lapis Sarawak kerana semua 70 ahlinya sudah menghentikan penggunaan mentega jenama Golden Churn Creamy Butter dan bertukar kepada jenama lain.

Rabiah bagaimanapun mengakui ramai pelanggan menghentikan tempahan sementara selepas isu itu dihebahkan menerusi media.
“Kami ingin menjelaskan bahawa kek lapis di Sarawak halal kerana tidak menggunakan produk itu sejak setahun lalu. Pengguna yang ragu-ragu boleh meneliti sijil halal kami yang dikeluar JAIS,” katanya kepada Berita Harian, semalam.
Sementara itu, isu itu dijangka tidak memberikan impak besar kepada industri kek lapis Sarawak kerana tempahan yang diterima pengusaha terus meningkat menjelang Aidilfitri. Namun, ada pengusaha terpaksa membatalkan tempahan luar negara kerana bimbang ia menjejaskan jualan selepas terpaksa menanggung kos pengedaran yang tinggi. [sumber]


Itu di Sarawak. Bagaimana pula di negeri-negeri lain? Korang boleh baca penerangan ini di rumah Sunah. Ya, akak setuju dengan kata-kata konklusi Sunah;
Bagi saya, mudah saja...
Kalau was-was, maka tinggalkan lah... Lagipun, mencari yang halal itu adalah wajib untuk umat Islam. [sambung baca lagi...]
Nampaknya nak mengelakkan was-was sama ada buat sendiri atau oderlah kan kuih/kek raya tahun ni .... 
Inilah produk hot tersebut....[sumber]

8 comments:

Jun said...

salam ain..hmmm, alhamdulillah x pernah lagik guna brand ni walau byk kali tergerak ati nk cuba tp x jadi sbb mahal..hehehhe.

H.J said...

babi boleh menyebabkan semuanya jadi sedap..

nonie said...

ada hikmahnya terjadi perkara2 sebegini, menguji keimanan kita utk lebih berhati2 sewaktu berbelanja... boleh berjimat cermat, buat kuih sendiri kat rumah. Kadang2 bila timbul isu sebegini ada peniaga/pengguna yang cuba tutup sebelah mata terus je consume lagi2 kalau dah terbeli @ terbuat kuih dengan butter tu... yerla kan ke mahal, rugi tu nak buang... apapun, tepuk dada tanya iman...

Pak Pis said...

saye pon bace isu ni kat blog sunah kak....saye lom penah try makan lagi kek tu.

sakurasue said...

buat sendiri lagi meyakinkan.. kan k.aina? :)

Aina said...

sue,
lebih meyakinkan tapi tak pandai ler.hehe...

Aina said...

Kak Jun,

Alhamdulillah....

H.J,

Ye ke?mmm banyak gak benda yg pure halal tetap sedap juga:)

Aina said...

Nonie,

Betul tu..

Pis,

tak semstinya dalam kek lapis je.ada juga dlm pembuatan biskut, roti dll..cuma skrang ni nampak isu ni dalam kek lapis sarawak.pd hal banyak yg boleh disngsikan diluar sana esp di semenangjung ni...