*Salam sejahtera*
Kita tahu di luar kehidupan kita ada golongan yang fakir dan miskin. Kita membaca kisah kesusahan orang lain di media cetak. Kita mendengar penderitaan yang ditanggung mereka dan sebagainya di media massa. Kita juga melihat paparan liku hidup golongan fakir dan miskin itu di dada media cetak. Namun pernahkan kebanyakan kita melihat dengan mata sendiri? Adakah kita menghulurkan bantuan? Jika jawapannya Ya, Alhamdulillah....namun kekadang bantuan itu tidak mencukupi untuk menampung hidup mereka. Maka kita harapkan ada bantuan sokongan yang lain dapat membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup. Kita yakin mereka akan dibantu sewajarnya.
Hidup di bandar metropolitan dan luas begini, dan tinggal di sekeliling orang yang senang dan hidupnya selesa kekadang membuatkan kita terlupa. Kita aman tinggal di rumah yang berkipas angin. Apatah lagi jika dapat pula tidur di bilik yang ada penghawa dingin. Bantal empuk dan tilam tebal yang selesa. Ada pula sofa dan pelbagai perabot rumah yang menyenangkan. Rumahku syurgaku - sangat bertepatan maknanya...
Bila ke pasar-pasar malam, pasar tani, tengah bandar, di luar masjid atau kaki lima kedai dan shopping kompleks barulah kita berjumpa pengemis atau peminta derma. Mereka betul-betul susahkah? Hidup mereka tersangat dhaifkah? Lalu, kita pun melihat fizikal yang kuat, pakaian yang sempurna dan penampilan juga elok mata memandang. Maka dalam hati timbul rasa sangsi dan skeptikal dengan tindak tanduk golongan ini. Lalu kita pejam mata dengan permintaan mereka...
Kemudian, ada juga yang memang jelas kurang daya upaya mereka. Pakaian kotor dan menjijikan. Tambah hina kita lihat bila ada yang berpenyakit dan sedikit berbau bila didekati. Kita hulurkan beberapa sen atau beberapa ringgit dan berlalu segera dari situ...Bimbang, risau, khuatir dan takut jika penyakit itu menular ke kita pula....Soalnya, cukupkah dengan bantuan tersebut? Pasti kita jawab tak. Namun kita berharap pihak lain akan bertanggungujawab mengutip golongan jalanan ini dan ditempatkan di rumah kebajikan yang lebih menjamin masa depan...Kita yakin memang ada bantuan dan usaha murni yang dijalankan membantu kelompok ini..
Ok itu sedikit situasi. Sebenarnya di manakah agaknya mereka tinggal sebaik habis 'tugasan' harian mereka tersebut? Di lorong gelap tidur beralaskan kotak? atau tidur kesejukan di bawah jambatan. Adakah mereka tidak punya rumahtangga? atau setidaknya miliki saudara mara untuk menumpang berteduh? Mungkin juga mereka ini orang terbuang...kesian, mereka orang buangan....Bayangkan, sedihnya hidup dalam kemelaratan begitu sedangkan akal mereka waras dan punya hati untuk memiliki kesenangan dan juga bermimpi untuk bahagia. Seandainya mereka itu gila tidak waras, sesungguhnya mereka juga layak dilayan sepatutnya sebagai manusia dan berhak mendapat manfaat sebagai rakyat Malaysia.
Tajuk di atas dirujuk. Saya ingin memetik kata-kata Dr. MAZA;
Saya ingin menyentuh tentang orang-orang Islam yang hadir ke majlis tersebut yang dikatakan oleh pihak media hadir mereka terpengaruh dengan agama Kristian disebabkan sikap baik penganut agama berkenaan membantu mereka. Difahamkan bahawa orang-orang Islam yang hadir, terutama ibu-ibu tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin. Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal. Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa ‘jatuh hati’ dan ‘terhutang budi’. Di sini beberapa persoalan patut ditimbulkan;................ [baca selanjutnya di Minda Tajdid]
Kalau korang klik link dan membaca tulisan MAZA, kita pasti dapat memahami bahawa isu ini bukan isu terpencil yang membuatkan kita hanya pejam mata atau pekakkan sahaja telinga dan butakan hati untuk memahami kenapa ianya terjadi.
Di sebalik bantuan yang kita telah hulurkan, bantuan yang telah kerajaan dan pihak berkuasa berikan dan bantuan kebajikan dari NGO(s) yang baik hati rupa-rupanya masih belum cukup dan ada ramai lagi yang memerlukan pertolongan. Kenapa ek? kenapa kita terlepas pandang hal ini. Sehingga akhirnya ada pihak luar yang masuk jalan dan cucuk jarum. Hasil yang dituai mereka juga sangat menjadi..???Salah siapa? Salah siapa sebenarnya? Siapa nak bertanggungjawab? Siapa? tolong jawab...
Maka, ramai yang melatah. Menunding jari satu sama lain. Isu akidah sudah dibangkitkan dan bila terhantuk baru nak terngadah.....
Oklah biar isu besar diselesaikan oleh orang besar juga. Sebagai orang kecil, kita sama-sama doakan isu ini akan kembali aman dan diselesaikan secara baik. Mana-mana akidah muslim dan muslimah yang terpesong (jika ada) harap-harapnya akan dapat diselamatkan. Cuma, kalau boleh kita jangan lupakan mereka yang di luar sana tu yang masih menunggu bantuan tiba....Masih menanti kedatangan rombongan Bersamamu datang agar dapat masuk TV3 atau Singgah Sahur datang singgah bawa duit raya...
Biarkan isu persoalan pokok diselesaikan oleh pemimpin. Tapi sebagai orang kecil adakah kita boleh buat dek ajer? Ada yang boleh kita bantu ke?
Lihatlah disekeliling kita. Lihatlah kiri dan kanan kita. Bukan hanya yang di dalam ahli keluarga kita. Tapi lihatlah siapa jiran kita dan siapa housemate kita. Memang susah jika bertahun hidup tidak pernah bertegur sapa. Memang susah nak senyum jika selama ini bermasam muka sebab jiran tu pernah buat pasal dengan kita. Amat amat susah nak buat baik jika selama ini orang itu asyik nak kenakan kita...
Lihatlah disekeliling kita. Lihatlah kiri dan kanan kita. Bukan hanya yang di dalam ahli keluarga kita. Tapi lihatlah siapa jiran kita dan siapa housemate kita. Memang susah jika bertahun hidup tidak pernah bertegur sapa. Memang susah nak senyum jika selama ini bermasam muka sebab jiran tu pernah buat pasal dengan kita. Amat amat susah nak buat baik jika selama ini orang itu asyik nak kenakan kita...
Ramadhan..Ya..jadikan bulan mulia ini sebagai langkah pertama. Kirimkan sepinggan makanan buat berbuka misalannya. Jika semua orang dapat berbaik dan bersatu hati di dalam kelompok masing-masing Insha Allah rasanya persoalan pokok itu dapat kita elakkkan. Hal pokok itupun asalnya dari masalah yang sekecil kuman juga.
Andaikan(contoh) di hujung kawasan kediaman kita, di sebalik belukar tinggal manusia yang berumahkan khemah bocor dan makan makanan sisa. Kalau kita prihatin mesti kita tahu ada orang yang tinggal di sana. Bagaimana pula dengan anak yatim, balu, warga emas dll. Kita jarang nak mengambil tahu sebenarnya. Kekadang kita andaikan mereka itu ok dan tiada masalah.
Bila kita tak nak mengambil berat pasal golongan ini dan ada pula kelompok lain yang menghulurkan salam kasih dan memberikan bantuan pastinya umpama orang mengantuk disorongkan bantal....Bila hubungan mereka terjalan erat dan mesra baru kita tersentap dan ingin memutuskan jalinan tersebut dengan alasan ia hubungan terlarang.
Andaikan(contoh) di hujung kawasan kediaman kita, di sebalik belukar tinggal manusia yang berumahkan khemah bocor dan makan makanan sisa. Kalau kita prihatin mesti kita tahu ada orang yang tinggal di sana. Bagaimana pula dengan anak yatim, balu, warga emas dll. Kita jarang nak mengambil tahu sebenarnya. Kekadang kita andaikan mereka itu ok dan tiada masalah.
Bila kita tak nak mengambil berat pasal golongan ini dan ada pula kelompok lain yang menghulurkan salam kasih dan memberikan bantuan pastinya umpama orang mengantuk disorongkan bantal....Bila hubungan mereka terjalan erat dan mesra baru kita tersentap dan ingin memutuskan jalinan tersebut dengan alasan ia hubungan terlarang.
Sendu Sendawa (Mestica)
?Tidak sempurna iman
Jika kau tidur dalam kekenyangan
Sedang jiran tetanggamu
Menangis kerana kelaparan?
~ Al-Hadis ~
Dua kata yang berbeza
Dicantum menjadi satu
Tetap tidak kan sama maksudnya
Berlain sifatnya, nilainya, hikmatnya
Sendu dan sendawa
C/O
Adakah kau tahu
Siapakah mereka jiran tetanggamu
Pernahkah engkau melihat
Apakah dalam sendu atau sendawa
Kenalilah dan bertegurlah sapa
Dengan akhlak yang mulia
Hidup berjiran susah dan senang
Suka duka dirasa bersama
Hak tetangga berkenal bermesra
Hak tetangga menggembirakannya
Hak tetangga bertanya khabarnya
Makan minumnya semua
Kenalilah jiran kita
Hormatilah kita sesama kita
Hormatilah jiran kita, bersaudara?
Hak tetangga menutup aibnya
Hak tetangga doakan mereka
Hak tetangga menjaga hartanya
Sakit demamnya
Hormatilah jiran kita
Kita sesama kita
Bersaudara ibarat pohon tumbuh merendang
Jadi teduhan musafir lalu
Hujan dan panasnya
Bersaudara ibarat tubuh manusia
Satu anggota terasa sakit
Sakitlah seluruh anggotanya
Soal tanggungjawab siapa dan salah siapa jangan difikirkan sangat. Sebagai umat Islam kita harus kuatkan jati diri kita dan orang di sekeliling kita supaya akhirnya kelak seluruh ummah itu turut menjadi kuat juga. Umpama sepohon pokok besar, jika kuat akarnya, pasti ia mampu berdiri kukuh dan teguh.
Di sebalik perkara memberi bantuan keperluan hidup (makan, pakai, dan tempat tinggal) jangan dilupakan bantuan rohani. Jika manusia itu kuat iman dan pegangan akidah mereka pasti gereja mana mereka masuk dan selaut limpahan kemewahan dihadapkan di depan mereka, pasti mereka tidak akan gadaikan Islam untuk kepentingan diri. Sejarah telah membuktikan. Contohi Bilal, keluarga Sumayyah dll.
Di sebalik perkara memberi bantuan keperluan hidup (makan, pakai, dan tempat tinggal) jangan dilupakan bantuan rohani. Jika manusia itu kuat iman dan pegangan akidah mereka pasti gereja mana mereka masuk dan selaut limpahan kemewahan dihadapkan di depan mereka, pasti mereka tidak akan gadaikan Islam untuk kepentingan diri. Sejarah telah membuktikan. Contohi Bilal, keluarga Sumayyah dll.
“Akidah adalah salah satu daripada maqasid syariah yang wajib dipertahankan oleh setiap yang bergelar Islam. Akidah bukan bahan dagangan politik, ia tidak boleh dijual beli.
“Jika ada musuh yang menyerang, kita wajib mempertahankan diri. Begitu juga dalam soal akidah, jika ada musuh agama yang cuba memurtadkan orang Islam, kita wajib bangkit menentang.
“Lihat bagaimana para sahabat sanggup mati syahid, sanggup diseksa dan sanggup dibunuh demi akidah tetapi untuk menjual agama Allah, mereka tidak sesekali berbuat demikian,”Mufti Selangor, [sumber]
Kita selalu ingin mengambil pendekatan selamat, pilih jalan yang mudah dan alasan hidup dalam negara pelbagai kaum. Kita tak akan mudah melakukan peperangan. Kita juga takkan melulu melakukan rusuhan dan kita juga takkan secara terang-terangan mengutuk agama dan kaum lain. Itu benar. Tetapi soal akidah dan kesucian Islam tetap harus dipelihara. Benda paling senang tetapi paling susah orang Islam nak buat ialah menjaga solat. Solat itu tiang agama. Jika tiang tidak kuat bayangkanlah apa bakal terjadi.
*Harap maaf. Artikel ini sekadar pendapat peribadi penulis.
*Harap maaf. Artikel ini sekadar pendapat peribadi penulis.
0 comments:
Post a Comment