Menu berbuka semalam pt 4

*Salam sejahtera*

Semalam sebagai memperkenankan hajat ibu mertuaku yang telah mengirim macam-macam 'barang hantaran' untuk menyediakan masakan di bulan puasa ni maka ai pun  buatlah bubur lambuk. Alhamdulillah.

Bubur lambuk resepi ibu mertuaku....

Ok ni resepinya. 

1. Jerang nasi dengan air banyak dan rebus ikan. Ikan yang sedap ikan kembung kot.
2. Bawang kecik, bawang putih dan halia dipotong halus.
3. Perah santan. Ambil yang pekat tu. Dapat semangkuk tu ok dah.
4. Ikan rebus asingkan isi dan tulang. Then, ditumbuk/diblend. Kemudian masukkan ke dalam nasi.
5. Masukkan bahan di #2(atas). Kacau sebati.
6. Masuk santan dan ulam-ulaman. (paku merah, daun kesum dan daun kunyit)
7. Tumbuk lada hitam. Masukkan ke dalam periuk berserta garam secukup rasa....

Siap! Mungkin lepas ni akan buat lagi...Insha Allah.

Resepi ni lebih kurang macam yang ada di laman lain juga. Cuma lebih simple kot sebab tak de masuk daging, udang dll. Very simple kan? my kids suka bubur lambuk tapi bila masuk ulam bagai tu jadi tak berapa best pada diorang. Rugi pun ye sebab habis yang ada ulam tu ditinggalkan kat tepi. Makan pun lambat sebab nak asingkan daun dari nasinya...

*psssst: mee lidi yang nak dibuat mee kari tu dah dibikin jadi rojak mee. Ampun makk...:D. Nanti upload pic. 

*Pc nak ditake over oleh Encik Mat P pulak coz lappy dia problem. So sorry guys sebab lately tak dapat blogwalking sebab inilah. Sempat updet sikit-sikit dan publish entry tapi tak leh jalan-jalan:(


Baca part1
Baca part2
Baca part3

4 comments:

Tina Othman said...

tak minat bubur lambuk sebab rasa santan hehe

sakurasue said...

omak aii.. time puasa-puasa nih sume nmpk sedap! nanti nak cuba lah resipi k.aina ^_^

Aina said...

Tina,

dulu ain pun x minat.family x penah buat pun.bila kawen dgn mat P, family dia mmg maknan tradisi la utk bbuka puasa.lama2 ni dah pandai mkn dan suka mkn.have to blaja msk since hubby dgn anak2 suka mkn

Aina said...

Sue,
cuba jangan x cuba:)