
Kenal salah seorang dari mereka?kut kut junior hang pa ker..jiran sekampung ke...anak mak cik sebelah umah ker...2 pupu ker...heeee...cekidaut !

KUALA LUMPUR: Pengurus Saluran Astro Oasis, Hj Izelan Basar mengakui penerbitan program pencarian terbaru Astro Oasis iaitu Ustazah Pilihan (UP) adalah lebih sukar dan mencabar berbanding Imam Muda (IM) sebelum ini.
Menurutnya, selain berdepan cabaran untuk menyenarai pendekkan 10 peserta program itu, UP turut mencabar daripada aspek penerbitan kerana ia melibatkan isu aurat dan penampilan muslimah di dalam televisyen.
"Saya akui penghasilan program UP ini jauh lebih mencabar dan rumit berbanding IM. Memandangkan ia melibatkan kaum wanita, secara tidak langsung kita juga perlu peka dengan isu aurat, penampilan dan kemunculan peserta di televisyen.
"Kita akan cuba elakkan paparan sepenuhnya tubuh para peserta atau mungkin paparan separuh badan bagi benar-benar menjaga kandungan dan pengisian program ini agar bersesuaian dengan syariat dan hukum.
"Namun saya percaya jika setiap benda yang mencabar dan sukar itu dapat dilaksanakan, ia akan memberikan impak yang besar," katanya yang ditemui pada majlis memperkenalkan barisan pengajar dan pengacara program berkenaan di Hilton KL Sentral, di sini, Isnin. [baca lagi...]